Danniel Balas Dendam

  Danniel yang berada dalam skuad elit kebangsaan cukup berbangga dengan prestasi ahli dalam pasukannya yang berusaha memberikan aksi terbaik bagi menebus kekecewaan mereka tahun lalu.  “Saya cukup berpuas hati kerana semua ahli pasukan melakukan tugas masing-masing dengan baik. Biarpun menerima cabaran sengit daripada lawan, kami berusaha untuk melakukan aksi konsisten.

  “Mungkin ini adalah berkat latihan yang lebih dan berlatih bersama sebagai satu pasukan dengan semua ahli pasukan dipanggil untuk menyertai latihan pusat dua minggu sebelum kejohanan ini bermula,” katanya yang berlatih di bawah bimbingan jurulatih China, Zhang Li Chen selama tiga tahun.

  Selangor menguasai lima dari enam acara iaitu senaman lantai, gelung, vault, palang bertingkat, palang sejajar namun tewas dalam pelana kekuda.  Danniel yang meraih dua emas pada SUKMA lalu berkata, sasarannya selepas ini masih sama iaitu cuba memberikan aksi terbaik dan mempertahankan pingat yang dimenanginya sebelum ini apabila turun dalam acara pelana kekuda dan juga individu keseluruhan.

  Dia yang menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil bagaimanapun harus berhati-hati dengan saingan daripada atlet Pulau Pinang yang pastinya tidak mahu melepaskan peluang membalas dendam kegagalan mereka dalam acara berpasukan.

*Sumber dari myMetro

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 2 1 7 9 2 6
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
226
570
3546
2857569
28183
68825
4217926
Alamat IP: 54.82.79.109
Waktu Pelayan: 15-12-2017 07:03:00