Dhia Cekap Berbasikal

“Sejak kecil melihat ayah dengan basikalnya. Saya sering dibawa ayah ketika menjalani aktiviti berbasikal. Dari situ timbul minat untuk serius dalam sukan ini,” katanya yang juga pelumba projet Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur.

Anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu menyifatkan pembabitan pada usia muda adalah peluang terbaik memperoleh pengalaman yang banyak.

“Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan, saya sentiasa memperbaiki kelemahan bagi memastikan pada masa hadapan kesilapan sama tidak berulang.

“Selain itu, dunia lumba basikal begitu mencabar dan memerlukan persediaan mental serta fizikal yang cukup. Setiap halangan tidak pernah mematangkan semangat untuk terus berjuang dalam bidang ini,” katanya yang menyertai Lumba Basikal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak tahun lepas.

Dhia yang berasal dari Kajang, Selangor mendapatkan bimbingan daripada dua orang jurulatihnya iaitu jamaludin Omar dan Datuk Ng Joo Ngan yang juga bekas pelumba basikal negara.

Ditanya jadual persekolahan dan latiahan, Dhia memberitahu, latihan berbasikal dijalankan setiap petang.

“Jadual persekolahan seperti biasa. Pagi saya ke sekolah manakala petang adalah masa untuk membuat latihan.

“Selepas ini, saya akan berada di Bercham, Perak bagi menjalani latihan bersama skuad Perak untuk SUKMA akan dating dan menjalani persekolahan disana,” katanya.

Berbicara mengenai masa depan, Dhia berharap dapat meningkatkan kemahiran dalam sukan lumba basikal dan menempa nama sebagai pelumba kebangsaan negara suatu hari nanti.

“Sudah pasti, saya mengimpikan untuk menyertai perlumbaan terbesar lumba basikal seperti Le Tour De Langkawi dan perlumbaan lain selain menjadi jurulatih lumba basikal pada masa hadapan,” katanya yang berterima kasih kepada keluarga banyak memberi semangat sepanjang pembabitan bidang sukan ini.

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 2 2 2 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
416
587
3481
2546407
11667
23065
3892224
Alamat IP: 54.92.229.162
Waktu Pelayan: 22-01-2017 11:42:30