Dr Yunus Turun Padang Pantau Masalah Infrastruktur

Kehadiran Ahmad Yunus disambut Adun Dusun Tua, Razaly Hassan, Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Datuk Ir Hamizan Mohd Inzan, Jurutera Daerah (JD) JKR Hulu Langat, wakil JPS Daerah Hulu Langat, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

Antara aduan itu adalah berkenaan kelewatan projek tebatan banjir di Sungai Sireh, masalah cerun runtuh dan jalan terputus di Sungai Lalang, masalah cerun runtuh di Jalan Sungai Tekali dan masalah monsoon drain di Taman Seri Nanding.

Sebelum memulakan lawatan, Ahmad Yunus diberi penerangan awal mengenai progres kerja yang sedang berjalan oleh JD JKR Hulu Langat dan wakil JPS Daerah Hulu Langat.

Lawatan pertama bermula di Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sireh yang melibatkan projek naik taraf pembetung di tiga sungai iaitu Sungai Putih, Sungai Serai dan Sungai Jernih.

Projek yang bermula sejak Jun 2012 ini adalah kerjasama antara pihak JPS dan di bawah seliaan JKR Daerah Hulu Langat.

Antara masalah kelewatan projek yang dikenalpasti adalah masalah pengambilan tanah oleh pihak JPS, masalah pengalihan utiliti yang lewat dan penarikan diri kontraktor.

Bagi masalah tanah runtuh di Jalan Sungai Tekali, kerja-kerja membaikpulih tanah telah siap dilaksanakan dan dalam proses penilaian sebut harga pembaikan cerun.

Sementara itu, pembaikan cerun runtuh di Sungai Lalang sudah dimulakan sejak 10 Jun 2013 dan dijangka siap menjelang April tahun ini.

Untuk permasalahan monsoon drain di Taman Seri Nanding, pihak JKR Daerah Hulu Langat telah memohon peruntukan melalui Roadcare Sdn bhd bagi melakukan kerja-kerja senggaraan dan perparitan di kawasan tersebut.

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 6 9 0 9 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
739
1002
1741
2717343
29771
19913
4069097
Alamat IP: 54.198.28.114
Waktu Pelayan: 26-09-2017 18:49:31