Eve Kuasai Kemahiran Judo

Mengimbas kembali kejadian pada bulan Februari yang menyebabkan tulang selangkanya patah, Low Er Shu yang lebih mesra disapa sebagai Eve, menganggap kecederaan itu sebagai perkara biasa dan asam garam semasa mengikuti latihan judo kerana terjadi dengan tidak disengajakan.

Peristiwa itu menyebabkan Eve terpaksa berehat daripada latihan selama dua bulan dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan tradisional Cina secara berkala bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Dalam masa dua bulan itu, Eve perlu mengurangkan pergerakan, menjauhi aktiviti lasak dan menggunakan ais yang dituam di bahagian yang patah untuk mengurangkan kesakitan

Benarlah seperti kata pepatah, malang tidak berbau. Eve sekali lagi mengalami kecederaan yang sama semasa menjalani latihan pada bulan Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada lima beradik ini tidak pernah berdendam dengan rakan sepasukan yang pernah menyebabkan dia cedera.

Walaupun berasa sedikit fobia kerana bimbang kecederan itu berulang, Eve tidak pernah putus asa dan menganggap kejadian itu menjadikan dirinya lebih matang selain meningkatkan motivasi untuk terus berjaya dalam arena sukan judo.

Judo menjadi pilihan Eve kerana baginya, seni pertahanan diri yang berasal dari Jepun ini sangat unik, sesuai untuk remaja perempuan dan menggabungkan aktiviti fizikal terbaik membabitkan semua bahagian badan.

Dilahirkan pada 12 November 1998, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur ini pernah menyertai pelbagai pertandingan dan kejohanan judo, peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Eve juga bertuah kerana minatnya dalam judo mendapat sokongan penuh dari bapa, Encik Low Kiang Yim dan ibu, Puan Chin Man Siew

Antara kejayaan dalam judo:
-Kejohanan Judo Jemputan Jagsport Singapura (pingat gangsa)
-Kejohanan Judo Jemputan Jagsport Singapura (pingat perak)
-Kejohanan Judo Jemputan Jagsport Singapura (pingat emas)

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 4 8 9 1
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
537
2282
6450
2613957
23644
22738
3964891
Alamat IP: 54.166.130.22
Waktu Pelayan: 30-04-2017 11:10:20