Exco: Beri Peluang Bakat Baharu Badminton

SHAH ALAM, 29 JUN: Penyertaan pemain junior dan bakat baharu dalam kejohanan Yonex-FKK International Cup mampu memberi kesan lebih baik dan memeriahkan lagi acara itu.
Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan, Amirudin Shari, berkata pihaknya bakal berbincang dengan penganjur untuk membuka ruang kepada bakat baharu selain pemain senior yang sudah mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Beri peluang bakat baharu badminton1
“Ia bagi memberi peluang kepada pemain mempamerkan bakat bersaing dengan lagenda seperti Foo Kok Keong,” katanya kepada Selangor Kini selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan, di sini.
Amirudin berkata, kejohanan itu memberi kesan baik dalam pembangunan sukan badminton di Selangor dengan kehadiran ramai jaguh dunia.
Katanya, penyertaan pemain ternama dunia akan lebih bermakna dengan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama bakat baharu.

Beri peluang bakat baharu badminton2
“Kita akan melihat perkara ini dan pembabitan mereka tidak sekadar menyertai kejohanan tetapi mungkin ada sesi bersama pemain junior,” katanya.
Kejohanan Yones-FKK International Cup 2015 yang mengambil nama bekas pemain Selangor dan Malaysia, Foo Kok Keong itu menyaksikan penyertaan ramai bekas pemain terkenal dunia dalam dan luar negara.
Selain Malaysia, ia menarik minat pasukan dari Indonesia, Singapura, Thailand, Australia untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan sejak empat tahun lalu.
Kejohanan kali ini menyaksikan Musica Flypower dari Indonesia muncul juara diikuti naib juara, Shah Alam A (Malaysia) dan pemenang tempat ketiga, Swan Lun Rummit (Thailand).

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 3 2 4 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1567
1982
8844
2745210
29960
33963
4103249
Alamat IP: 54.224.203.224
Waktu Pelayan: 21-10-2017 22:00:32