FARINA SHAWATI SUMBANG 2 DARI 3 EMAS SELANGOR MENERUSI BASIKAL TREK

 "Saya baru sampai kelmarin dan terus terbang ke sini. Ini penyertaan kali ketiga selepas Pahang 2012 dan Kuala Lumpur 2013 tetapi tidak pernah menang emas, hanya perak dalam pecut berpasukan, 500m dan lebuhraya serta gangsa dalam kriterium. Dalam acara 200m pula hanya menduduki tempat keempat.

"Jadi saya amat gembira dengan dua emas hari ini dan mensasarkan emas juga dalam kriterium dan lepas beramai-ramai selepas ini," kata pelumba 18 tahun yang menang gangsa acara keirin remaja di ACC Astana, baru-baru ini.

Anak kepada bapa dari Kedah dan ibu dari Kelantan yang bersekolah di SMK Bukit Jalil tetapi mewakili Selangor ini berkata, dia hanya fokus kepada kayuhan sendiri dan tidak menghiraukan lawannya dalam kedua-dua acara akhir itu.

Seorang lagi penyumbang emas Selangor ialah seorang lagi pemenang 3 emas di Astana, Muhammad Firdaus Mohd Zonis yang menguasai acara 1km ujian masa lelaki, menebus kekecewaannya sebelum itu ketika tewas dalam acara akhir 200 meter kepada pelumba Melaka, Muhd Arfy Qhairant Amran.

Muhammad Firdaus yang dilepaskan sebagai pelumba kedua, mencatat masa terpantas 1:07.813s tetapi menunggu sehingga ke saat akhir kerana tiga pencabar handalan lain dilepaskan lewat dari kalangan 27 pelumba yang mengambil bahagian.

Perak dimenangi Muhamamad Shah Firdaus Sahrom dari Terengganu (1:08.688s) manakala Arfy Qhairant memenangi gangsa (1:08.879s).

Sementara itu, Arfy Qhairant nyata berpuas hati menyumbang emas buat kontinjen Melaka dalam acara 200m pecut, sekali gus menebus kehampaannya sekadar memenangi perak di Pahang 2012 ketika tewas kepada pelumba Kedah, Fattah Amri Zaid.

"Saya berdebar kerana Firdaus dalam kondisi baik selepas pulang dari Astana tetapi saya tahu bagaimana untuk menewaskan pelumba itu sekiranya membuat taktikal yang tepat.

"Saya ada pengalaman berlumba acara ini di atas jalan raya seperti ketika di Pahang 2010 dulu dan gunakan strategi yang tepat untuk mengekori sebelum memintasnya," katanya yang beraksi kali keempat Sukma sejak 2008. Acara berbasikal beralih kepada acara lebuh raya kriterium dan lepas beramai-ramai di Felda Chuping, bermula esok.

 

*** Sumber dari BERITA SUKMA XVII PERLIS 2014

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 0 0 8 4 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
402
764
1166
2656155
17056
18666
4000840
Alamat IP: 54.80.248.78
Waktu Pelayan: 27-06-2017 23:31:36