FAS gagal kendali kontrak pemain, Kerajaan Negeri terpaksa bantu RM2 juta

“Untuk tahun ini sahaja, daripada belanjawan yang diberikan kita peruntukan RM7.5 juta, namun Kerajaan Negeri dengan sifat keprihatinan memperuntukkan RM2 juta untuk membayar tunggakan gaji kepada FAS,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pada masa sama, Amirudin (PKR-Batu Caves) berkata, segala proses rombakan untuk FAS boleh dilaksanakan oleh ahli gabungan persatuan itu melalui mesyuarat agung biasa atau luar biasa.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh campur tangan untuk menentukan urusan FAS sebagai pengajaran daripada pengalaman negara lain seperti Cameroon dan Nigeria yang melanggar Artikel atau Fasal ke 17 Perlembagaan FAS.

“Justeru, Kerajaan Negeri sangat prihatin dan berhati-hati tentang perkara ini, namun kita berharap proses pertukaran presiden yang dirancang FAS berlangsung dengan baik dan dalam masa beberapa hari lagi jawatan terbabit akan bertukar kepada Menteri Besar,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hal ehwal pengurusan perlu diperbaiki dan mengambil pengalaman beberapa buah negara serta kelab terkemuka seperti Jepun juga Korea ketika mengulas berkenaan usaha meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Selangor.

Katanya, penglibatan sains sukan juga perlu ditingkatkan bagi memastikan atlet dapat dikawal dari segi pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan.

“Ini perkara yang sangat jarang dalam negara kita walaupun terdapat jabatan pembangunan sains sukan, namun atlet gagal dikawal oleh ‘sports scientist’ daripada segi pemakanan dan pengambilan ubatan sehingga berlaku masalah dopping seperti gambar Safee Sali yang didedahkan, baru-baru ini.

“Kita akan tekankan di masa depan untuk tingkatkan prestasi pemain,” katanya.

 

*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 8 3 3 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
575
717
1292
2572961
19427
18346
3918330
Alamat IP: 54.166.75.133
Waktu Pelayan: 28-02-2017 15:49:00