Firdaus Di Landasan Tepat

Meskipun gembira, ketua jurulatih negara, John Beasley tidak mahu terlalu memperbesar-besarkan pencapaian pelumba muda.

Jurulatih dari Australia itu menjelaskan, perjalanan pelumba yang dibimbing Mahadzir Hamad itu masih lagi jauh.

Ketika ditanya sama ada Firdaus akan diserap ke dalam program latihan di Melbourne, Beasley berkata: "Masih terlalu awal untuk membawa dia menjalani latihan di Melbourne.

"Saya rasa, kami tidak perlu terburu-buru membawa dia ke sana kerana dia masih lagi muda dan perjalanannya juga masih lagi jauh.

"Lebih baik kami tidak merosakkannya dalam usia yang muda ini. Dia baru berusia 16 tahun dan jangan anggap dia sebagai 'superstar' kerana dia masih belum mencapai tahap itu.

Beliau berkata demikian ketika tiba bersama para pelumba negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin.

Pada ACC 2013 di New Delhi, India, skuad pelapis remaja di bawah kendalian Shuod Hussin melakar sejarah terbaharu apabila menyumbang empat pingat, tiga daripadanya menerusi Firdaus dan satu lagi daripada Irwandie Lakasek dalam acara scratch.

Ini merupakan satu peningkatan baik yang ditunjukkan pelumba muda negara sejak kali terakhir skuad pelapis menyumbang tiga emas pada ACC 2006 menerusi kejayaan Azizulhasni.

Namun, Beasley menganggap pelumba muda negara tidak harus berpuas hati dengan pencapaian tersebut dan perlu lebih bekerja keras sekiranya mahu dilabel sebagai pengganti kepada Azizulhasni, Josiah Ng atau Fatehah Mustapa.

"Memang betul mereka telah berjaya di ACC, namun ia masih belum sama dengan kejayaan pada kejuaraan dunia.

"Namun apa pun, ia masih lagi suatu pencapaian yang mengagumkan dan berdasarkan kejayaan ini, saya sudah boleh ukur setakat mana kedudukan kami sekarang.

"Perancangan saya selepas ini ialah untuk membawa mereka ke Kejohanan Trek Remaja Dunia dan berharap mereka boleh memenangi pingat di sana," jelas Beasley lagi.

*Sumber dari Kosmo

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 6 8 2 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
254
632
4974
2568158
17921
18346
3916824
Alamat IP: 54.204.172.174
Waktu Pelayan: 26-02-2017 13:41:39