Fizatul Seronak Memanah

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah kebangsaan Sungai Besi, Kuala Lumpur ini, belajar memanah ketika di sekolah rendah dan mula mewakili sekolah pada usia 11 tahun.

Fizatul menyertai Kejohanan memanah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) sehjak tahun 2010, pernah bergelar juara dalam beberapa jarak sasaran.

Walaupun memanah dianggap sebagai sukan kurang popular dalam kalangan remaja, Fizatul mahu terus aktif sehingga hasratnya untuk mewakili Negara dalam sukan ini tercapai.

Kini, Fizatul sering menjalani latihan memanah jarak dekat di Stars Archery, Pusat Beli-Belah Berjaya Times Squere, manakala padang sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat sebagai lokasi latihan memanah untuk persiapan pertandingan.

Biasanya, Fizatul akan mengunakan busar (bow) milik sekolah untuk berlatih.

Latiahn bertumpu kepada kekuatan tangan untuk menarik tali busar kerana semakin jauh jarak sasaran, semakin berat beban tali perlu ditarik.

Oleh itu, Fizatul sentiasa menitikberatkan kekuatan tangan ketika mengikuti latihan kecergasan fizikal kerana tangan yang kuat mampu meregangkan tali yang memiliki beban yang yang berbeza.

Pembabitannya dalam sukan memanah turut mendapatkan galakan penuh daripada ayah, Encik Husain Tan dan ibu, Puan Normizah Ithnin kerana mereka yakin Fizatul pandai membahagikan masa antara bersukan dan mengulang kaji pelajaran.

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 3 1 9 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1508
1982
8785
2745210
29901
33963
4103190
Alamat IP: 54.224.203.224
Waktu Pelayan: 21-10-2017 21:51:17