Gergasi Merah Kaut Peluang

SHAH ALAM 20 OGOS: Selangor semakin pasti menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga apabila menewaskan Kelantan 3-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Tiga mata yang diraih Merah Kuning mengukuhkan kedudukan mereka apabila kini mengumpul 36 mata berbaki satu perlawanan menentang Perak, Sabtu ini.
Kelantan yang kehilangan beberapa pemain utama akibat penggantungan dan kecederaan seperti Iwuji Augustine Amachi, Gilmar de Silva dan Norhafiz Zamani Misbah, jelas bukan tandingan Selangor.
Lebih menyukarkan keadaan apabila The Red Warriors menyenaraikan Mohd Shahrizan Ismail untuk mengawal gawang dengan merehatkan Khairul Fahmi Che Mat, manakala pemain lincah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria sekadar memanaskan bangku simpanan.

20hm74paulir.transformed
Walaupun membariskan pemain seperti Wan Zack Haikal Wan Noor, Norfarhan Muhammad, Erwin Carillo dan Mohd Badri Radzi, ia masih belum mampu mengugat Selangor yang sentiasa mengancam sepanjang perlawanan.
Hasilnya anak buah Mehmet Durakovic mendahului pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma Ahmad Hazwan Bakri.
Ia disusuli gerakan lincah Guilherme De Paula yang melepasi beberapa pertahanan lawan untuk meledak gol kedua sebaik tiga minit babak kedua bersambung sekali gus menyentap semangat Kelantan yang masih segar dengan kemenangan 4-1 mengatasi Johor Darul Ta’zim (Johor DT) minggu lalu.
Kelantan terus kehilangan arah apabila Ahmad Hazwan dijatuhkan Shahrizan dalam kotak penalti dan De Paula tenang memastikan gol ketiga Selangor m-62.
Pelawat bernasib baik tidak tewas dengan jaringan lebih besar apabila beberapa peluang Selangor menerusi Andik Vermansah dan Ahmad Hazwan gagal disempurnakan dengan tepat.
Selangor bagaimanapun menamatkan saingan dengan 10 pemain apabila Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah m-89.

*Sumber Dari Harian Metro

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 5 1 8 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
219
777
3675
2586908
16675
19606
3935184
Alamat IP: 54.205.172.57
Waktu Pelayan: 24-03-2017 08:11:14