Hidup Mati Gergasi Di Selayang

Tak pernah gagal
Untuk rekod, Selangor tidak pernah gagal melangkah ke suku akhir sepanjang enam musim berturut-turut sejak kali terakhir kandas di peringkat kumpulan pada 2006.

Jurulatih sementara Selangor, P Maniam bagaimanapun tetap yakin anak buahnya mampu melakukan keajaiban untuk meraih tiga mata penuh, malam ini meskipun bakal turun tanpa dua tonggak pertahanan, Mahalli Jasuli dan Nasriq Baharom.

“Mahalli cedera lutut ketika bersama skuad kebangsaan manakala Nasriq digantung satu perlawanan. Tapi selepas melakukan banyak latihan, saya yakin pengganti mereka mampu memberikan yang terbaik.

“Pasukan sudah kembali yakin, cuma kami tak boleh bersikap ambil mudah, perlu lebih fokus dan serius terutama di barisan pertahanan. Kena fikir untuk tewaskan Tentera terlebih dahulu sebelum memikirkan perlawanan terakhir bertemu Johor (Sabtu ini),” kata Maniam ketika dihubungi, semalam.

Hujung tanduk
Nasib Selangor ibarat telur di hujung tanduk selepas jurulatih mereka, Irfan Bakti Abu Salim meletak jawatan kerana kekalahan memalukan 3-0 kepada Sime Darby, 27 Ogos lalu sehingga menyebabkan mereka kini menghuni tangga tercorot Kumpulan A dengan hanya dua mata, tanpa sebarang kemenangan.

“Saya berharap pemain utama seperti Francis Forkey Doe, Amri Yahyah, Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy dan Adam Griffiths dapat beraksi dengan baik (malam ini) kerana prestasi keseluruhan pasukan bergantung kepada persembahan mereka,” jelas Maniam yang masih belum berputus asa.

*Sumber Dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 8 3 8 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
468
860
1328
2592620
19873
19606
3938382
Alamat IP: 54.163.117.182
Waktu Pelayan: 28-03-2017 14:19:23