Hidup, Mati Selangor Malam Ini

Corak menyerang

Menyedari hakikat itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic akan menerapkan corak permainan menyerang bagi memastikan tiga mata penuh dapat diraih ke atas Hanoi yang berjaya menewaskan Selangor 1-0 pada aksi ketiga kumpulan di Stadium Hang Day, Hanoi, 19 Mac lalu.
“Sudah tentu kami akan menyerang dari minit pertama kerana kami perlukan kemenangan. Apa pun ia bukan tugas mudah kerana Steve Pantelidis digantung satu perlawanan manakala K Gurusamy mungkin terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut.
“Pemain pengganti yang diturunkan diharap dapat melaksana tugas dengan baik,” katanya pada sidang media pra-perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.
Durakovic berkata, Hanoi sememangnya pasukan yang cukup bagus dengan rangkaian pemain import manakala pemain tempatan kebanyakannya adalah pemain kebangsaan Vietnam.
“Jadi ia menjadi perlawanan yang sukar tetapi kami perlu memastikan tiga mata penuh untuk terus menghidupkan peluang ke pusingan kedua,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Hanoi, Phan Thanh Hung menganggap pemain sayap lincah import Selangor dari Indonesia, Andik Vermansah sebagai ancaman utama kepada skuadnya dalam misi mencuri mata di tempat lawan, malam ini.
“Kami perlu berhati-hati dengan pemain nombor 7 (Andik) kerana dia tidak beraksi ketika pertemuan 19 Mac lalu. Perlawanan ini juga cukup penting kerana kedua-dua pasukan masih ada peluang untuk layak,” kata Thanh Hung. Oleh Wan Fakhrul Bakar

*Sumber Dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 8 3 3 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
577
717
1294
2572961
19429
18346
3918332
Alamat IP: 54.166.75.133
Waktu Pelayan: 28-02-2017 15:49:09