Irfan Harap Magis Amri Di Maldives

 

"Kami seri empat perlawanan berturut-turut dalam kempen Liga Super dan saya mahu semua itu dilupakan pemain saya dan cuba turun bermain untuk menang," kata Irfan dengan nada yakin sebelum berlepas ke Maldives, semalam.

"Sekalipun statistik kami di laman lawan tidak begitu baik dalam Piala AFC, namun kami mencatat kemenangan ke atas wakil Singapura, Tampines Rovers dalam keadaan genting dan kekalahan kepada pasukan lain dalam kumpulan juga tidak besar.

"Lagipun ia perlawanan kalah mati dan kami beraksi di laman lawan, jadi kami perlu turun bersungguh-sungguh dengan minda untuk menang."

Buat ‘kerja rumah’

Sekalipun beraksi di laman lawan di Stadium Nasional Male, Irfan tidak menganggapnya sebagai kelebihan buat pasukan tuan rumah dan sudah melakukan ‘kerja rumah’ bagaimana cara untuk mengekang pergerakan pasukan lawan.

"Saya ada melihat perlawanan New Radiant menerusi rakaman dan mereka mempunyai pasukan yang baik dengan dua import berkualiti. Malah mereka mempunyai enam atau tujuh pemain kebangsaan Maldives, jadi kami perlu lebih berhati-hati dan jangan lalai.

"Selain itu, semua pemain utama pasukan kecuali S Kunanlan boleh diturunkan dalam perlawanan kali ini dan saya turut mengharapkan magis yang dilakukan Amri Yahya di Singapura dapat diulang.”

Dalam peringkat Kumpulan F, New Radiant mengumpul keseluruhan 15 mata dengan hanya mencatat satu kekalahan kepada kelab Vietnam, Yangon United manakala Selangor mara ke peringkat kalah mati selaku naib juara Kumpulan H selepas menewaskan kelab Singapura, Tampines Rovers 3-2 hasil jaringan menakjubkan Amri.

*Sumber Dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 7 9 7 8 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
535
538
2997
2633747
14662
23871
3979780
Alamat IP: 54.224.200.104
Waktu Pelayan: 26-05-2017 19:26:26