Irfan Tuntut Aksi Lebih Agresif

Pengendali kelahiran Perak itu menegaskan, beliau menuntut aksi lebih agresif ketika melayan kunjungan pasukan pelawat dalam usaha melakarkan kemenangan di laman sendiri. "Inilah peluang terakhir kami. Kami wajib menewaskan Terengganu sebelum aksi liga direhatkan kira-kira sebulan bagi memberi laluan kepada aksi skuad kebangsaan.  

"Berbaki lima perlawanan, Selangor tidak boleh lagi mencatat keputusan seri. Cukuplah dengan sembilan kali seri dan saya berharap kami mampu melakar kemenangan di laman sendiri. "Kali ini, saya mahukan barisan pemain lebih agresif sebaik perlawanan dimulakan.  

"Bila sudah jaringkan gol, jangan hilang tumpuan dan kawal gawang sendiri kerana Selangor kerap dibolosi pada saat-saat terakhir termasuk ketika menentang Kelantan dan Pahang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Dalam perkembangan lain, Irfan memberitahu, penyerang skuad Gergasi Merah, Mohd. Amri Yahyah tidak akan beraksi menentang skuad kendalian E. Elavarasan itu.  

Pemain veteran Selangor itu digantung dua perlawanan selepas mengutip enam kad kuning dalam aksi domestik. "Amri akan terlepas dua perlawanan iaitu menentang Terengganu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). "Dia menjalani penggantungan selepas mengutip enam kad kuning tetapi saya tetap yakin bahawa kami masih mampu melakarkan kemenangan tanpa Amri. "Sudah tentu ketiadaan Amri memberikan kesan kepada jentera serangan tetapi kami harus optimis," katanya.  

*Sumber dari Kosmo Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 5 1 5 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
190
777
3646
2586908
16646
19606
3935155
Alamat IP: 54.205.172.57
Waktu Pelayan: 24-03-2017 08:08:19