Jadual Padat Punca FAS Tak Lepas Pemain Lawan Liverpool

SHAH ALAM, 17 OGOS: Kepadatan dan perubahan jadual Liga Super menyebabkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) enggan melepaskan pemain mereka menyertai skuad Harimau Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Liverpool.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) berkata, keputusan itu hasil perbincangan pengurusan dan pemain memandangkan FAS melepaskan pemain mereka dalam perlawanan persahabatan berdepan Tottenham Hotspur.
Menurutnya, pemain sudah mengalami keletihan dan kecederaan disebabkan perubahan jadual liga yang memaksa mereka bermain dalam bulan Ramadan termasuk berdepan Johor Darul Takzim (JDT) beberapa hari sebelum Aidilfitri.
“Pasukan lain menghabiskan liga pada 8 Julai sedangkan pasukan Selangor dan JDT terpaksa bermain pada 13 Julai, beberapa hari sebelum Aidilfitri.
“Kita menganggap panggilan untuk bermain pada 19 Julai itu agak membebankan,” katanya ketika menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Bukit Tunku).
Jelasnya, FAS juga sudah mengkaji Perkara 36, Peraturan FIFA, Perkara E, yang menyaksikan perlawanan berkenaan tidak memberikan nilai ranking buat pasukan Malaysia.

*Sumber Dari Selangorkini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 5 8 1 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
467
777
1244
2672651
12946
19087
4015817
Alamat IP: 54.80.158.127
Waktu Pelayan: 25-07-2017 18:54:33