Judo: Terengganu, P.Pinang Cemerlang

Selangor (Lee Kai Hung-Lee Kai Tsern) dan Kedah (Nik Mohamad Alfian Nik Azman-Mohamad Ashmad Othman) berkongsi di tangga ketiga selepas masing-masing meraih 327 dan 326 mata.  Shahril Hafiz ketika mengulas kemenangan tersebut berkata, dia tidak pernah menjangka meraih kemenangan pada temasya edisi ke-16 itu.
 

“Perasaan saya bercampur-campur sekarang kerana saya tidak jangka meraih pingat emas hari ini (semalam). Begitupun saya berpuas hati kerana dapat menyumbangkan emas pertama untuk Terengganu dan emas pertama saya pada Sukma.
 

“Pada tahun 2011 saya sekadar meraih gangsa selepas tewas kepada atlet Pulau Pinang (emas) dan atlet Perak (perak), tetapi tahun lalu tidak ada judo, jadi Sukma 2013 menjadi pengubat bagi saya,” kata Shahril Hafiz.
 

Pulau Pinang turut meraih emas pertama hasil gandingan mantap Koo Kah Ming dan Koo Kah Chien dalam kategori kata wanita.  Gandingan adik-beradik itu yang meraih 365 mata, menewaskan pasangan kembar Selangor, Low Er Yie dan Low Er Zhen yang menghuni tempat kedua apabila ketinggalan lima mata.
 

Sementara itu, atlet judo Terengganu, Nor Aini Mohd. Tajuddin dan Izzah Syafiqah Md. Yunus serta Nurul Ain Atiqah Muhammad Rosli dan Siti Nursyafiqah Husin dari Johor berkongsi pingat gangsa.  Kah Ming berkata, dia terkejut atas kemenangan tersebut, sekali gus menyumbang emas pertama untuk kontinjen Pulau Pinang.  Ini merupakan penampilan pertamanya pada Sukma.
 

“Saya mula menyertai sukan judo pada tahun 2011 kerana mahu mencuba perkara baharu, sebelum ini saya lebih banyak berlatih dalam acara taekwondo iaitu sejak usia saya tujuh tahun.  “Jadi kemenangan ini agak mengejutkan, lebih-lebih lagi pingat yang saya peroleh ini merupakan emas pertama untuk kontijen Pulau Pinang,” ujar Kah Ming.
 

*Sumber dari Kosmo

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 4 0 4 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
333
1170
1503
2549854
13490
23065
3894047
Alamat IP: 54.147.241.171
Waktu Pelayan: 24-01-2017 09:08:25