Jugra lokasi tumpuan sukan Paragliding dunia

Beliau juga menambah, sebelum kejohanan bertaraf dunia ini dapat dijalankan, Jugra terlebih dahulu dibangun dan dipersiapkan dengan segala kemudahan infrastruktur bagi melayakkan ianya menjadi tuan rumah bertaraf dunia.

Antara kemudahan dibangunkan adalah tempat berlepas (take off) berumput berdekatan dengan Rumah Api Bukit Jugra, tapak pendaratan yang telah ditanam rumput sepenuhnya, tandas, ruang pejabat, gazebo, landskap, anjung tinjau, landasan ”aeromodelling” dan menaiktaraf taman permainan kanak-kanak.

“Dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti ini, Jugra akhirnya berjaya menarik sebanyak 14 buah negara seperti Republik Chezh, Serbia, Indonesia, Jepun, Slovania, Montenegro, United Kingdom, Philippine, Thailand, South Korea, Switzerland, Saudi Arabia, Bulgaria dan juga Malaysia dengan menampilkan seramai 62 orang peserta bertaraf dunia,” katanya.

Azhar berkata selain daripada menganjurkan beberapa siri kejohanan ini, MDKL juga menghantar beberapa kakitangan menyertai kejohanan di luar negara.

“Ekoran daripada pembangunan sukan paragliding ini memberikan kesan positif dengan menyumbang pendapatan kepada operator-operator perhotelan, restoren, homestay dan lain-lain,” katanya.

Beliau juga berharap dengan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa itu, penduduk khususnya penduduk di Daerah Kuala Langat akan beramai-ramai datang menyaksikan kejohanan itu.

Pertandingan itu berlangsung pada 19 hingga 21 September 2014 bertempat di Pusat Latihan Paragliding, Jugra, Kuala Langat, Selangor.

Seramai 35 orang peserta membuat pengesahan untuk menyertai kejohanan pada kali ini.

Antara negara-negara yang akan menyertai kejohanan pada kali ini adalah seperti Singapura, Indonesia, Taiwan, Spain dan juga Thailand.

Hadiah berupa wang tunai, sijil dan t.shirt berjumlah lebih daripada RM9000.00 bakal menjadi rebutan peserta-peserta ini.

Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan Berpasukan Terbuka.

Pada kejohanan kali ini MDKL menghantar seramai 4 orang peserta bertaraf antarabangsa dan seorang pegawai teknikal bagi sama-sama merebut kejuaraan pada kali ini.

 

*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 8 0 4 1 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
409
763
3634
2633747
15299
23871
3980417
Alamat IP: 54.162.184.185
Waktu Pelayan: 27-05-2017 12:35:57