Kaji Semula Pelantikan Pengarah Kejurulatihan

Sedia pikul amanah
Mungkin sudah tiba masa BAM mengkaji semula pelantikan Pengarah Kejurulatihan selepas kegagalan mendapatkan khidmat bekas pakar beregu Korea Selatan, Park Joo Bong yang membuat keputusan meneruskan kerjaya sebagai ketua jurulatih Jepun hujung tahun lalu.
 

Jika tidak ada individu dari luar berminiat menggalas tugas itu, kita turut memiliki ramai bekas pemain negara berpengalaman serta memiliki pengetahuan luas dalam badminton dan tidak kurang yang pernah mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia menerusi kejayaan mereka raih. Yang paling penting, bersedia untuk memikul amanah diberikan.
 

Tugas Pengarah Kejurulatihan memang berat kerana dia bukan saja perlu merencana program demi pembangunan sukan badminton negara sebaliknya bertindak sebagai bapa yang mengetuai sebuah keluarga. Jika sekarang BAM berdepan dengan masalah disiplin pemain, inilah gunanya dengan kehadiran Pengarah Kejurulatihan yang perlu memiliki sikap tegas kerana dia bertanggungjawab untuk mengawal pemain daripada melakukan perkara tidak sepatutnya sebagai ahli sukan professional.
 

Namun, itu hanya akan dicapai jika pihak pengurusan BAM tidak masuk campur sebaliknya memberi kuasa mutlak kepada Pengarah Kejurulatihan membuat keputusan disifatkan sebagai wajar demi kemajuan sukan badminton negara.
 

Tepati KPI
Selain itu, BAM juga perlu menilai semula prestasi jurulatih sedia ada sama ada menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan badan induk itu atau sebaliknya. Bukan mahu memperkecilkan kredibiliti jurulatih yang ada ketika ini tetapi berdasarkan keputusan diraih pemain negara sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, jelas ia sekadar mendatar.
 

Sebenarnya, pelantikan bekas pemain untuk menjadi Pengarah Kejurulatihan dan jurulatih banyak kelebihannya apatah lagi yang banyak menyumbang kejayaan kepada negara suatu ketika dulu dan ia mampu memberi kesan terhadap emosi pemain ketika ini. Ini kerana, rasa hormat mereka terhadap bekas pemain sudah pasti tinggi dan mampu memberi sumber inspirasi kepada mereka.
 

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 0 1 2 8 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
357
494
1615
2656155
17505
18666
4001289
Alamat IP: 54.145.96.122
Waktu Pelayan: 28-06-2017 16:52:06