Karnival belia warnai Hari Keputeraan Sultan Selangor

SHAH ALAM, 26 NOV: Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 pada 5 Disember ini.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata penganjurannya bertujuan menonjolkan bakat disamping menghidupkan rasa kasih dan peduli anak muda kepada Institusi Kesultanan Selangor

 

karnival gen s 2015

 

“Ia juga nisiatif Kerajaan Negeri mendidik anak muda Selangor melakukan aktivit sihat dan tidak membuang masa dengan perkara tidak berfaedah yang boleh merosakan moral,” katanya sewaktu sidang media Karnival Menjunjung Kasih Gen-S 2015 di Dewan Anex, di sini, hari ini.

Bertempat di Padang Sultan Suleiman Kota Raja, Klang, dijadualkan sebanyak 13 acara akan berlangsung secara serentak bermula  seawal jam 6.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam.

Antaranya Larian Menjunjung Kasih, Battle Chess Selangorku, Pertandingan Remote Control dan Himpunan Seni Pertahankan diri dan silat.

Sukan ekstrem seperti skateboard, BMX dan In-Line Skate turut mewarnai acara.

“Kita mensasarkan lebih 10,000 masyarakat akan hadir termasuk anak muda yang bakal bertanding dengan menyediakan ganjaran lumayan kepada setiap pemenang,” katanya.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi kerajaan.

 


*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 6 9 7 7 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1881
2785
16073
2795671
48854
47629
4169772
Alamat IP: 54.224.102.26
Waktu Pelayan: 18-11-2017 20:03:18