Kerajaan Negeri serah insentif RM591,000 kepada kontinjen SUKMA ke-17

Penerima pingat gangsa pula menerima RM800 bagi individu, RM500 untuk pasukan kurang lima orang, RM400 bagi pasukan lebih lima orang dan RM500 kepada pengurusan pasukan serta persatuan.

Untuk pemecah rekod kebangsaan pula menerima RM4,000 dan pemecah rekod SUKMA menerima RM2,000.

Abdul Khalid berkata, pemberian insentif itu diharap akan memberi motivasi dan galakan kepada kontinjen Selangor untuk lebih maju pada SUKMA ke-18 akan datang.

Beliau berkata, kontijen Selangor perlu lebih bersedia daripada segi jati diri bagi menghadapi persediaan menghadapi sukan itu tahun hadapan.

“Kita ambil iktibar dari Piala Dunia 2014, walaupun Brazil pasukan yang hebat, namun akhirnya pasukan itu tewas kepada Jerman dalam perlawanan separuh akhir.

“Begitu juga dengan Selangor, tahun lalu juara tetapi tidak untuk tahun ini. Oleh itu, pasukan Selangor perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi SUKMA akan datang,” katanya.

Pemberian insentif pada tahun ini memperlihatkan sukan renang menerima jumlah paling banyak iaitu RM175,800 kerana memenangi 42 pingat.

Pada SUKMA tahun ini, Selangor menghantar 591 orang yang terdiri daripada atlet, pegawai tambahan, pengurus pasukan dan jurulatih bagi menyertai 24 acara sukan yang dipertandingkan.

Selangor menduduki kedudukan keempat walaupun menerima paling banyak pingat dalam SUKMA ke-17 yang berakhir Jun lalu, yang mana kedudukan itu jatuh berbanding SUKMA ke-16 apabila Selangor menduduki tempat pertama.

 

*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 3 0 4 1 1
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
328
622
4305
2683588
10998
16542
4030411
Alamat IP: 107.22.83.0
Waktu Pelayan: 20-08-2017 17:40:55