Komitmen Tinggi Pemain Julang Nama SK Seksyen 7 Kota Damansara

“Usaha ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada pemain mengenai realiti perlawanan di stadium.
“Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk beramah mesra dengan pemain bola sepak lebi dewasa sebagai penyuntik motivasi bahawa mereka juga mampu berjaya bergelar pemain bola sepak hebat suatu hari kelak,” katanya.

Beliau berkata, pasukan yang ditubuhkan sejak 17 tahun lalu turut mengadakan kerjasama dengan Kelab Bola Sepak PKNS dan Kelab Bola Sepak KD dari sudut kejurulatiahn.

Sokongan ibubapa

Tambahnya, sesuatu yang menarik bagi pasukan ini ialah diuruskan oleh guru wanita iaitu Puan Nik Zubaidah Nik mat yang bertungkus lumus memberikan idea dan melakukan pelbagai usaha untuk memajukan pasukan.

Maka, tidak hairanlah pasukan itu mampu mencatatkan kejayaan dengan meraihkan kedudukan yang baik dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Petaling Utama dengan tempat kedua pada tahun 2011 dan tempat ketiga pada tahun 2012.

:Setakat ini, komitmen yang ditunjukkan oleh pemain amat baik dan mereka sentiasa meningkatkan mutu permainan dari semasa ke semasa.

“Sokongan ibu bapa juga amat membanggakan kerana tidak lokek memberikan sumbangan sama dari sudut material mahupun tenaga selain kemudahan lengkap yang disediakan pihak sekolah,” katanya.

Hasil usaha berterusan dan komitmen pelbagai pihak membantu sekolah ini melahirkan pemain handal dan dua daripadanya pemain skuad Harimau Malaya.

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 4 4 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
125
719
4933
2586908
17933
19606
3936442
Alamat IP: 54.197.177.123
Waktu Pelayan: 26-03-2017 01:39:37