Kos RM3 Juta Ganti Peralatan Baru

“Namun, disebabkan kekangan ini, atlet tidak dapat mencapai keputusan maksimum. Tidak dinafikan ia turut menjejaskan pungutan pingat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menembak, berbasikal, memanah dan kanu, antara sukan kritikal yang memerlukan peralatan baru. Sementara acara lain perlukan penambahbaikan dan tidak kurang beberapa infrastruktur yang perlu dinaiktaraf.

“Peralatan dan kemudahan lebih baik akan menghasilkan keputusan lebih cemerlang. Selangor gagal mengutip emas pada temasya 2012 (acara basikal)  kerana masih bergantung kepada teknologi yang sudah ketinggalan zaman,” katanya.

MSN Selangor turut mencadangkan agar peruntukan tambahan dinaikkan kepada RM10 juta berbanding RM5 juta setahun sebelum ini, bagi program-program pembangunan sukan di samping tingkatkan prasarana sedia ada.

“Kita terpaksa menyewa kemudahan boling padang di Stadium Boling Padang Tertutup Bayuemas, Klang RM4,000 sebulan. Sedangkan kita mempunyai kemudahan itu di Seksyen 13, Shah Alam. Tetapi kerana tidak diurus dengan baik, ia rosak dan tidak dapat digunakan.

“Kita juga banyak menerima rungutan daripada persatuan dan pemain. Hoki contohnya, kita mempunyai kemudahan di Pandamaran dan Petaling Jaya, tetapi kerana tidak di selenggara dengan baik, pemain  terpaksa berlatih di luar Selangor seperti di Stadium Hoki Bukit Jalil,” katanya.

Katanya, fasa pertama persediaan Sukma 2014 akan dimulakan seawal bulan Ogos dan pihaknya memerlukan peralatan baru, segera.

Sukma Perlis 2014 dari 24 Mei hingga 4 Jun tahun depan akan menyenaraikan 24 jenis sukan.

*Sumber Dari Sinar Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 3 2 2 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1542
1982
8819
2745210
29935
33963
4103224
Alamat IP: 54.224.203.224
Waktu Pelayan: 21-10-2017 21:56:45