Kumpul Dana Beli Kaki Palsu

Pengerusi GB4B Kuala Langat, Hafez Suhriddin ke-ditemui berkata, inisiatif yang dilakukan itu diharap dapat membantu anak muda itu merealisasikan cita-citanya merangkul pingat di Eropah. Katanya, pelancaran tabung itu telah dilakukan oleh Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Daerah Kuala Langat, Zurihan Yusuf yang turut dihadiri Pengarang Berita Sinar Harian, Azmi Tarmizi.

"Najib amat memerlukan kaki palsu itu kerana beliau perlu menjalani latihan sebelum pertandingan. Saya menyeru kepada semua rakyat di Kuala Langat khususnya dan di Selangor umumnya agar dapat menyumbang ke tabung ini," katanya. Menurutnya, penubuhan tabung itu turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Hafez yang juga Pengerusi Sukarelawan Kebajikan Kuala Langat berkata, sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Pengerusi Bertindak Tabung Najib Turano, Mohd Azuan Daud di talian 0126724402 atau 0192987774 (Firdaus Rahmat).

"Pada masa yang sama Najib turut diangkat sebagai Ikon Sukan 4B Kuala Langat sebagai menghargai jasa mengharum nama negara dalam sukan berbasikal," katanya. Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk mengadakan aktiviti berbasikal amal di Morib bagi mengumpul dana tersebut. "Penyerahan sumbangan didakan 31 Mac ini sempena program terebut," katanya.

Mohd Najib adalah pemenang pingat emas kategori MC4 pada kejohanan Lumba Basikal Para Asia (PAC) 2013) di New Delhi India, baru-baru ini.

*Sumber dari Sinar Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 6 9 3 2 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
962
1002
1964
2717343
29994
19913
4069320
Alamat IP: 54.80.26.116
Waktu Pelayan: 26-09-2017 22:43:07