Liga Super: Red Giants Kekal Ditangga Ketiga

SHAH ALAM 16 OGOS: Selangor kekal di tangga ketiga Liga Super biarpun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan LionsXII pada perlawanan ke-20 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.
Ia dibantu keputusan perlawanan membabitkan pencabar terdekat, Terengganu yang tewas 1-0 kepada Felda United FC di Stadium Selayang manakala PDRM sekadar seri 1-1 dengan Sime Darby FC di Stadium Shah Alam.
Namun Selangor sepatutnya mampu membawa pulang tiga mata penuh selepas gol pendahuluan Afiq Azmi pada minit ke-59 tetapi dinafikan jaringan penyamaan LionsXII menerusi penyerang gantian, Khairul Nizam Kamal, minit ke-88.
Terdahulu jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti ketika skuad Red Giants menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan di Stadium Shah Alam, Rabu lalu, lapor laman sesawang FAS Selangor.

11866291 1004522672912930 7669859097490240981 n
Seawal minit kedua, percubaan penyerang import Selangor, Guilherme De Paula mudah dibaca penjaga gol LionsXII, Izwan Mahbud.
Selang dua minit kemudian, Shahdan Sulaiman melepaskan rembatan jarak jauh tetapi sedikit melewati palang gol Selangor yang dikawal Norazlan Razali.
LionsXII terus mengasak dan percubaan Nazrul Nazari pada minit ke-11 berjaya ditepis baik Norazlan.
Selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, gol pertama Selangor akhirnya menjelma pada minit ke-59 selepas Afiq menanduk masuk bola hantaran Bunyamin Umar untuk menewaskan Izwan.
Bagi memburu gol penyamaan, jurulatih LionsXII, Fandi Ahmad melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-61 dengan membawa masuk Gabriel Quak dan Zulfahmi Arifin bagi menggantikan Faris Ramli dan Shahdan.
Pada minit ke-76, Norazlan sekali lagi bertindak cemerlang apabila menafikan percubaan berbahaya LionsXII daripada Safuwan Baharudin.
Namun gawang Selangor bocor juga pada minit ke-88 apabila hantaran lintang Faritz Hameed berjaya disudahkan Khairul Nizam menerusi sepakan gunting cantik yang gagal diselamatkan Norazlan untuk mengikat kedudukan 1-1.
Berbaki dua lagi perlawanan, Pahag dan JDT kini berkongsi dua tangga teratas dengan 43 mata diikuti Selangor 33 mata serta Felda United, Terengganu dan PDRM yang berkongsi 32 mata manakala LionsXII di tangga ketujuh dengan 30 mata.
Selangor akan bertemu Kelantan di Stadium Shah Alam, Rabu ini sebelum bertandang ke tempat lawan bertemu Perak di Ipoh pada perlawanan terakhir, 22 Ogos ini (Sabtu).

*Sumber Dari Selangorkini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 7 2 5 8
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
204
737
204
2592620
18749
19606
3937258
Alamat IP: 54.161.217.24
Waktu Pelayan: 27-03-2017 06:49:27