Memanah Didik Pelajar Sentiasa Fokus Dan Berdisiplin

Sebanyak 10 pasukan menyertai kejohanan berkenaan bagi mewakili daerah masing-masing iatu Hulu Langat, Klang, Kuala Selangor, Gombak, Sabak Bernam, Kuala Langat, Petaling Perdana, Petaling Utama, Hulu Selangor dan Sepang.

Daerah Hulu Langat mengungguli Kejohanan memananh MSSS 2013 itu apabila dipilih sebagai juara keseluruhan dengan kutipan 770 mata sekali gus bakal mewakili Selangor pada peringkat kebangsaan.

Pasukan berkenaan memonopoli beberapa kategori apabila memenangi pingat emas antaranya Bawah 18 Tahun dan Bawah 15 Tahun (Lelaki Berpasukan), Bawah 18 Tahun Individu (Perempuan) dan Perempuan Berpasukan, Bawah 15 Tahun Perempuan Berpasukan dan Individu (Perempuan) Pusingan Olimpik (Individu) Lelaki Bawah 18 Tahun dan (Individu) Perempuan Bawah 15 Tahun.

Lahir lebih ramai bakat baru

Pengerusi Pengelola kejohanan Memanah 2013, Encik Sakijan Muri yang juga Pengetua SMAP Kajang, berkata program berkenanaan boleh melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan memanah selain mendidik pelajar menjadi lebih aktif dan sihat melalui pembabitan dalm kokurikulum.

“Sukan ini adalah aktiviti yang sangat bermakna dalam membantu membangunkan sahsiah pelajar kerana ia mendidik mereka supaya sentiasa berdisiplin ketika berada di lapang sasar memanah.

“Terima kasih kepada semua pihak yang berkerjasama dan menunjukkan komitmen berterusan dalam menjayakan kejohanan kali ini,” katanya ketika berucap dalam majlis penutup kejohanan berkenaan yang disempurnakan Ahli Majlis Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd Aziz.

Beliau turut menyempurnakan majis penyampaian hadiah kepada semua pemenang kejohanan

Persaingan sengit

Sementara itu, pemenang pingat emas Pusingan Olimpik (Individu) Lelaki Bawah 15 Tahun, Ariffudin Zakaria berkata dia sangat gembira kerana menyumbangkan pingat kepada pasukannya dalam kejohanan berkenaan.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi dalam kejohanan kali ini tetapi tetap berharap dapat membawa pulang pingat kerana persaingan yang ditunjukkan rakan daripada pasukan lain juga agak sengit selain terpaksa berdepan faktor cuaca yang hujan menuntut kesabaran dan fokus tinggi ketika beraksi di padang.

“Bagi memastikan saya memberikan aksi yang terbaik dalam kejohanan kali ini, saya menjalani latihan sejak dua bulan lalu dan usaha itu membuahkan hasil apabila Berjaya membawa pulang beberapa pingat emas,” katanya yang mewakili pasukan Kuala Langat.

Muhammad Faiz Hamid yang memenangi pingat emas Individu Lelaki 90 meter pula berkata, dia hanya menjalani latiahn selama seminggu sebelum kejohanan itu berlangsung.

“Saya tidak sangka dapat membantu pasukan menjuarai kategori Pusingan Olimpik (Berpasukan). Bagaimanapun, kejayaan ini adalah kerjasama daripada ahli pasukan yang lain.

“Saya akan terus berusaha keras untuk menempatkan diri dalam kejohanan memanah pada masa depan kerana ia adalah sukan yang boleh mendidik saya supaya sentiasa fokus dan berdisplin,” katanya.

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 3 2 1 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1532
1982
8809
2745210
29925
33963
4103214
Alamat IP: 54.224.203.224
Waktu Pelayan: 21-10-2017 21:54:48