Menang Tipis, Red Giant Kekal Tangga Ke-3 Liga Super

SHAH ALAM, 24 JUN: Selangor mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Ia sudah cukup bagi Red Giant mengutip tiga mata penuh untuk kekal di tangga ketiga liga.
Selangor memperoleh gol tunggal menerusi penyerang import, Robert Cornhwaite, pada minit ke-38 hasil sepakan percuma K Gurusamy yang muntah dari tampanan penjaga gol lawan, Fairul Azwan.

Menang Tipis Red Giant Kekal Tangga Ke 3 Liga Super
Pasukan tuan rumah dikendali Mehmet Durakovic yang menguasai babak pertama berusaha dari awal perlawanan bagi mengatasi lawan namun hanya mampu berpuas hati dengan satu gol.
Bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan buat skuad Merah Kuning yang menerima asakan Felda United pada separuh masa kedua bagi mencari gol penyamaaan.
Bagaimanapun keputusan tidak berubah hingga akhir perlawanan.


*** Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 7 5 2 4 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1505
3451
1505
2814810
54331
47629
4175249
Alamat IP: 54.224.18.114
Waktu Pelayan: 20-11-2017 17:39:20