MSN, KOM sedia duduk semeja

“Saya tidak akan membawa isu ini ke MOM. Kami hormati keputusan KOM itu tetapi mereka juga patut mendengar alasan kami.

“Presiden (KOM) Datuk Zainal telah menghubungi saya tadi (semalam) dan mahu berjumpa Selasa depan bagi membincangkan perkara ini.

“Diharap akan ada beberapa perkara baharu yang boleh diumumkan hasil daripada mesyuarat tersebut.

“Apa-apa pun, saya mahu jelaskan bahawa MSN tidak memaksa KOM, cuma mahu beri alasan sahaja dan saya rasa alasan tersebut berhak didengar oleh mereka,” jelas Zolkples di Bukit Jalil semalam.

Akhbar semalam melaporkan, Zolkples berharap KOM dapat merombak senarai 39 atlet yang sudah dipilih oleh KOM ke Sukan SEA Myanmar dengan menyenaraikan Norasee- la dan Hup Wei.

Meskipun ratu 400 meter lari berpagar dan atlet lompat tinggi itu gagal layak secara merit selepas beraksi hambar pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia (Ahad lepas), Zolkples berpendapat, kedua- dua atlet senior itu wajar diberi peluang ke Myanmar dengan mengambil kira pengalaman serta pengorbanan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Zainal Abidin memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan MSN dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan kedua-dua atlet berkenaan.

“Sabar dulu (berkenaan status Noraseela dan Hup Wei). Nanti kita bincang (antara KOM dan MSN),” katanya semalam.

 

 

*** Sumber dari Kosmo

 

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 8 0 8 6 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
856
763
4081
2633747
15746
23871
3980864
Alamat IP: 54.162.91.86
Waktu Pelayan: 27-05-2017 21:41:22