MSNS Cungkil Bakat Remaja

Shah Alam: Inisiatif Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup Remaja Bawah 12, 14 dan 16 Tahun, di Kompleks Belia dan Kebudayaan dekat Seksyen 7 satu langkah bijak dalam usaha membanyakkan platform pertandingan selain mencungkil bakat baru dalam kalangan remaja.

Kejohanan empat hari bermula 23 Disember lalu disertai lebih 200 peserta terdiri daripada penyertaan individu serta kelab.

Pengerusi MSNS Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pertandingan yang julung kali diadakan itu diharap dapat mencungkil lebih ramai bakat baru sekali gus dapat mencungkil atlet yang boleh mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

 “Selain mencungkil bakat baru, pertandingan ini juga persediaan awal negeri ini menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan untuk melahirkan satu pasukan baru yang dapat menyumbang pingat.

“Diharap melalui pertandingan ini juga dapat merancakkan lagi pembangunan sukan badminton kerana mereka yang berpotensi dalam sukan badminton tidak akan ketinggalan selain ia dapat memberi pendedahan kepada atlet untuk terus memberikan persembahan terbaik demi kegemilangan sukan badminton tanah air,” katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Selangor memiliki akademi badminton sendiri bagi menghimpunkan pemain digeruni selain mengharapkan lebih ramai penyertaan pemain wanita pada kejohanan akan datang.

*Sumber Dari myMetro

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 7 9 9 2 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
682
538
3144
2633747
14809
23871
3979927
Alamat IP: 54.162.19.123
Waktu Pelayan: 26-05-2017 21:13:23