Muhammad Ziyad Berpuas Hati

Pada hari terakhir acara olahraga yang dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu, Muhammad Ziyad berjaya meraih pingat emas dalam acara kegemarannya, lontar peluru dengan jarak 15.69 meter.

Catatan itu mengatasi jarak 15.32 meter yang  dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis Julai tahun lepas.

"Boleh dikatakan ketiga-ketiga acara ini saya cipta rekod baharu kebangsaan dan juga rekod baharu Sukan Para Asean," kata atlet kategori F20 (masalah pembelajaran) berusia 23 tahun dari Gombak, Selangor itu.

Terdahulu dalam acara merejam lembing, beliau turut meraih pingat emas dengan jarak 48.08m, manakala dalam acara melempar cakera pula beliau meraih pingat perak dengan jarak lontaran 38.77m.

Sementara itu, skuad olahraga berjaya melepasi sasaran 32 pingat emas selepas berjaya mengumpul 36 pingat emas, 25 perak dan enam gangsa.

Pada hari terakhir ini, skuad olahraga negara menambah lapan pingat emas, enam perak dan dua gangsa. - Bernama

*Sumber Dari Sinar Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 0 2 9 8
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
252
475
1555
2546407
9741
23065
3890298
Alamat IP: 54.146.139.201
Waktu Pelayan: 19-01-2017 06:13:00