Musica Flypower Cipta Hatrik, Juarai Yonex-FKK International Cup 2015

SHAH ALAM, 29 JUN: Pasukan badminton Musica Flypower dari Indonesia berjaya mengekalkan kejuaraan pada kejohanan Yonex-FKK International Cup 2015 yang berlangsung di Kelab Shah Alam, di sini, bermula 26 hingga 28 Jun lalu.
Pasukan itu menewaskan Shah Alam A 5 – 0 dalam perlawanan akhir, sekali gus mencipta hatrik apabila berjaya bergelar juara sejak 2013.
Ketua pasukannya, Affendi Wijaya, berkata mereka gembira dengan kejayaan itu kerana sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan berkenaan.

Musica Flypower Cipta Hatrik Juarai Yonex FKK International Cup 20151
“Pada awalnya, memang sukar kerana semua pemain mempunyai komitmen masing-masing tetapi kita berkumpul dan membulatkan tekad untuk datang dengan azam tinggi.
“Muncul juara dan mencipta hatrik bukan mudah kerana pasukan lain juga hebat dan mencabar,” katanya kepada Selangor Kini.
Bagi Shah Alam A, muncul naib juara dianggap satu kejayaan kerana tahun sebelumnya hanya layak ke peringkat separuh akhir.

Musica Flypower Cipta Hatrik Juarai Yonex FKK International Cup 20152
“Kita sudah mencuba sebaik mungkin dalam perlawanan akhir tetapi Musica Flypower terlalu kuat,” kata ketua pasukan, Lip Chun Sung.
Wijaya dan Chun Sung berpandangan sama iaitu kejohanan berkenaan berpotensi tinggi kerana menampilkan ramai pemain ternama dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Australia.
Selain piala kejuaraan, Musica Flypower meraih wang tunai RM10,000 manakala Shah Alam A memenangi pingat dan wang tunai RM5,000.
Pemenang tempat ketiga, Swan Lum Rummit, Thailand, pulang dengan pingat dan RM2,000.

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 3 7 7 3
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
344
507
1923
2568158
14870
18346
3913773
Alamat IP: 54.159.242.217
Waktu Pelayan: 22-02-2017 14:15:31