Mustaqim Selesa Memanah

“Saya perlu banyak berlatih terutama ketika memberi tumpuan bagi menetukan hala anak panah. Latihan ini penting untuk mengawal emosi. “Saya tidak boleh memanah dalam keadaan marah jika ingin anak panah tepat pada sasaran,” katanya. Sepanjang menyertai sukan memanah, anak keempat daripada lima adik-beradik itu berjaya mendapat naib johan (berkumpulan) dalam Pertandingan Memanah Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSD) 2013.
 

Selain itu, Muhammad Mustaqim, pernah menjadi ahli jawatankuasa Pertandingan Memanah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012 dan menyertai Kursus Memanah SBP di Lumut Perak tahun lalu. Mengenai sesi latihan, anak jati Selangor itu berkata, dia berlatih setiap hari selepas waktu sekolah, bermula jam 5.00 hingga 6.30 petang.
 

“Sekiranya mempunyai masa lapang hujung minggu, saya trut berlatih selama tiga atau empat jam pada hari Sabtu atau Ahad. “Setakat ini, saya bersyukur kerana sepanjang sesi latihan dan pertandingan, saya tidak pernah mengalami kecederaan,” katanya.
 

Aktiviti memanah disenaraikan sebagai satu daripada sukan pilihan mereka yang berkemampuan, kerana kos menyediakan kelengkapannya menelan belanja yang besar. Bagaimanapun, Muhammad Mustaqim tidak mempunyai masalah membeli peralatan memanah kerana telah disediakan oleh pihak sekolah termasuk set yang mencecah ribuan ringgit antaranya busar.
 

Kemudahan tinggal di asrama memberi kelebihan kepada Muhammad Mustaqim, kerana pihak sekolah sudah memperuntukkan jadual belajar sekali gus membolehkannya belajar secara berkumpulan. Katanya, dia memperuntukkan masa satu atau dua jam untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. “menjelang penggal kedua persekolahan, saya mungkin mempelahankan aktiviti kokurikulum kerana perlu menduduki peperiksaan Peilaian Menengah Rendah dan memberi tumpuan kepada bidang akademik,” katanya yang bercita-cita menjadi pakar bedah
 

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 8 2 4 0 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
266
607
873
2637894
17286
23871
3982404
Alamat IP: 54.162.91.86
Waktu Pelayan: 30-05-2017 11:05:41