Naik taraf Stadium Hoki PJ siap Disember

SHAH ALAM, 25 JUN: Stadium Hoki Petaling Jaya bakal menerima nafas baru menerusi projek naik taraf prasarana kemudahan sukan itu awal bulan hadapan.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata stadium tersebut mampu digunakan sepenuhnya hujung tahun inior .

“Kontraktor baru dilantik oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerja membaikpulih mengambil masa empat bulan dari tarikh mula tugas.

“Kita jangka hujung tahun ini, stadium tersebut boleh digunakan sepenuhnya malah mampu menjadi vanue untuk sebarang pertandingan,” katanya kepada Selangor Kini.

Naik taraf Stadium Hoki PJ siap Disember 1

Sebelum ini Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sejumlah RM2.5 juta bagi membaikpulih Stadium Hoki Pandamaran Klang dan Stadium Hoki Petaling Jaya.

Kedua-dua kemudahan sukan itu dilaporkan berada dalam keadaan teruk dan tidak boleh digunakan untuk latihan.

“Stadium hoki Pandamaran memerlukan kerja baikpulih yang banyak berbanding di Petaling Jaya dan kita masih belum memutuskan tender kepada mana-mana kontraktor ekoran terdapat sedikit kesulitan sebelum ini.

“Bagaimanapun, tawaran tender baik pulih masih dibuka,” katanya.

Oktober lalu, Amirudin telah melawat Stadium Hoki Pandamaran bagi meninjau sendiri kerosakan dan keperluan yang perlu diberi perhatian dalam memastikan kemudahan sukan itu kembali berfungsi.

Stadium berusia 20 tahun itu memerlukan kerja menambahbaik kemudahan, bumbung, kerusi dan karpet padang.

Sejak dibina pada 1984, Stadium Hoki Pandamaran hanya berganti karpet padang pada 1998.

 

*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 7 4 7 7 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1026
3451
1026
2814810
53852
47629
4174770
Alamat IP: 54.80.60.91
Waktu Pelayan: 20-11-2017 12:02:52