Naqib ungguli kejohanan boling remaja

SHAH ALAM, 13 JAN: Pemain boling remaja, Wan Muhammad Naqib yang bernaung di bawah program Rangsangan Sukan Selangor (RSS) berjaya menjuarai kategori Gred Lelaki Kejohanan Milo International Junior All Stars & The Masters 2015 ke-16.

Naqib, 15, berjaya mengumpul 2,215 jatuhan pin menewaskan pencabar terdekat, Muhammad Hazim mewakili PSA dengan jumlah 2,214 jatuhan pin di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Tempat ketiga milik Keita Tokuhisa dari Jepun dengan 2,199 jatuhan pin.

Beliau mula aktif dalam boling sejak berusia lapan tahun atas dorongan ibu bapa dan menerima latihan daripada Radhuan Rashid atau Obi.

"Boling adalah sukan paling diminati dan atas kesedaran itu, bapa membelikan bola boling dan saya mula mengikuti latihan bersama Obi yang mengajar saya selok belok permainan boling," katanya.

Sementara itu, jurulatih pasukan boling Perangsang Selangor, Razif Abu Bakar, berkata Naqib berjaya mengharumkan Selangor tanpa menjadikan umur sebagai penghalang untuk bersaing dengan pemain berpengalaman.

"Syabas dan tahniah atas permainan cemerlang yang dipamerkan.

"Saya percaya dengan daya usaha dan keazaman tinggi, Naqib mampu menjadi salah seorang bintang boling Malaysia suatu hari nanti," katanya dalam kenyataan.

Selaku johan, Naqib berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Sebelum ini, Naqib pernah menjuarai beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya :

1. Johan Individu Lelaki Bawah 12 di Kejohanan Boling MSSS (2012) 2. Johan Individu Lelaki Bawah 12 di Kejohanan Boling Antarabangsa Pesta Penang (2012) 3. Johan Individu Lelaki Bawah 16 di Kejohanan Boling Sirkit Kuala Lumpur (2013) 4. Naib Johan Individu Lelaki Bawah 14 di Kejohanan Boling Antarabangsa Opulent-Sekolah Sukan Singapura ke-8 (2014).

Kejohanan selama 13 hari itu membabitkan lebih 150 penyertaan dari beberapa kelab boling seluruh Malaysia dan Asia, antaranya Singapura, Korea, Japan, Australia, Thailand, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu dan Hong Kong.

 

Oleh : NORHAYATI UMOR

*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 7 2 4 6
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
192
737
192
2592620
18737
19606
3937246
Alamat IP: 54.161.217.24
Waktu Pelayan: 27-03-2017 06:48:08