Nauraj yakin peluang emas tetap terbuka

 

Ranjau menanti

“Lagipun, sandaran yang diletakkan ke atas diri saya sama dengan matlamat saya sendiri yang memang mahu meraih emas di Sukan SEA tahun ini. Sekarang, saya akan terus fokus terhadap persiapan dan diharapkan saya boleh tampil dengan prestasi terbaik apabila saingan bermula nanti,” kata Nauraj yang memiliki catatan peribadi terbaik 2.20 meter.

Selain Nauraj, Navin Raj akan turut menggalas cabaran dalam acara itu. Kedua-duanya mengesahkan tempat ke Myanmar selepas berada di kelompok dua terbaik pada Terbuka Malaysia bulan lalu - medan pemilihan untuk ke temasya terbesar Asia Tenggara itu selepas enam atlet melepasi had kelayakan.

Mengulas mengenai ranjau yang bakal menantinya dalam usaha menjelmakan kilauan emas buat kontinjen negara, Nauraj percaya saingan sengit bakal dihadapi daripada atlet Thailand, Pramote Poom-Urai yang mempunyai catatan peribadi terbaik 2.26m.
“Saya fikir Pramote akan menjadi pencabar utama saya. Namun, peluang untuk menang emas tetap terbuka, siapa yang beraksi lebih baik pada hari pertandingan, dia pasti akan menang,” kata Nauraj.

INFO: Nauraj Singh Dandhawa
Tarikh lahir: 27 Januari 1992
Umur: 21 tahun
Catatan peribadi terbaik: 2.20m
Pencapaian 2013:
Emas Tertutup Malaysia (2.15m)
Emas GP Malaysia (2.16m)
Emas Terbuka Thailand (2.11m)
Emas Terbuka Vietnam (2.10m)
Gangsa Sukan Perpaduan Islam - (2.18m)

 

*** Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 1 0 8 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
433
603
2339
2546407
10525
23065
3891082
Alamat IP: 54.211.179.232
Waktu Pelayan: 20-01-2017 18:08:03