Pasukan Sofbol SK Sementa

Jurulatihnya, Puan Radhiah Abdul Madul, berkata pada 2011 pasukan itu memenangi tempat ketiga bagi dua kategori iaitu pasukan lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 12 tahun dalam Kejohanan Sofbol 2011 Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Klang. “Selain itu, sembilan orang daripada ahli pasukan ini terpilih bertanding mewakili daerah ke peringkat antarabangsa bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

“Kebanyakan sekolah di daerah ini ada acara sofbol, keadaan ini menjadikan persaingan perlawanan sengit. Oleh itu kami sentiasa berdisipilin melakukan latihan untuk mengekalkan stamina terutama menjelang perlawanan,” katanya yang juga pengurus pasukan.  Pasukan yang ditubuhkan pada 2008 itu kata Puan Radhiah, turut memberi tumpuan kepada kategori perempuan berikutan kumpulan itu berpotensi untuk pergi lebih jauh.

Oleh itu, Puan Radhiah berkata, latihan diadakan secara konsisten setiap minggu dan menerapkan disiplin yang tinggi dalam kalangan ahli pasukan. Dalam usaha mengukuhkan kemahiran pasukan, katanya pihak sekolah turut mengambil inisiatif mengadakan Klinik Sofbol yang dibuka kepada murid yang berminst mempelajari teknik asas dalam sukan itu. Jelasnya, cara itu dilihat dapt memberi pendedahan kepada murid untuk berjinak dalam sukan sofbol dan peluang itu diambil untuk melatih mereka sebagai pelapis pada masa akan datang.

“lazimnya, pengambilan pemain baru mengambil kira tahap kecerdasan, kemahiran membaling dan memukul sebagai kriteria utama,” katanya.

*Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 3 6 8 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
251
507
1830
2568158
14777
18346
3913680
Alamat IP: 174.129.114.211
Waktu Pelayan: 22-02-2017 12:03:31