Peluang Hup Wei tipis

“Namun, kebiasaannya ia akan lebih berpihak kepada KOM kerana mereka adalah persatuan yang bertanggungjawab terhadap penyenaraian atlet dan mereka pasti ada sebab tertentu dalam membuat sebarang keputusan.

Zolkples jumpa Zainal

“Lagipun, KOM sudah memaklumkan kepada atlet yang mereka akan membuat keputusan akhir untuk menyenaraikan atlet ke Myanmar berdasarkan keputusan di Terbuka Malaysia. Dalam hal ini, Hup Wei gagal menempatkan diri dalam kelompok dua terbaik berbanding Nauraj Sigh dan Navin Raj.
“Jika jawatankuasa memutuskan untuk menggugurkan salah seorang atlet yang terpilih itu bagi menggantikan Hup Wei, ia pasti akan membuatkan atlet berasa tidak adil,” kata Kok Chi ketika dihubungi, semalam.

BH Sukan semalam melaporkan bahawa Presiden KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad tetap tidak berganjak dengan pendirian yang hanya menyenaraikan atlet ke Myanmar, berdasarkan merit walaupun Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong meminta badan induk itu mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.

Ia selepas KOM tidak menyenaraikan Hup Wei yang dirasakan berpotensi besar untuk menyumbang pingat emas termasuk ratu 400 meter lari berpagar, Noraseela Khalid.

Bagaimanapun, Kok Chi menjelaskan betapa Noraseela masih boleh disenaraikan memandangkan KOM tidak perlu menggugurkan mana-mana atlet bagi membolehkan pemenang empat emas Sukan SEA itu untuk bertanding pada temasya dwitahunan berkenaan.

“Untuk Noraseela, memang tiada masalah, lagipun namanya memang ada dalam senarai awal yang didaftarkan. Jika KOM membuat keputusan untuk menghantarnya, mereka boleh berbuat demikian sebelum tarikh tutup terakhir 12 November ini,” kata Kok Chi.

Sementara itu, Zolkples akan mengadakan pertemuan dengan Zainal Selasa ini bagi menyelesaikan isu berkenaan.

 

*** Sumber dari Berita Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 4 9 9 3
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1604
1707
10588
2745210
31704
33963
4104993
Alamat IP: 54.81.79.128
Waktu Pelayan: 22-10-2017 18:05:37