Pembangunan Sukan Berterusan, Tersusun Lahir Atlet Cemerlang

Katanya, MSD dianggap adalah tempat yang mampu melahirkan atlet baru yang mungkin sebelum ini mungkin tidak diberi perhatian.
“Selepas kejohanan ini MSN Selangor pasti mempunyai senarai atlet yang akan digilap. Diharap persatuan sukan menerima mereka ini dan dimasukkan dalam program pelapis.
“Ini kerana sukan memerlukan satu proses berterusan bagi memastikan kita mampu melahirkan atlet dan pasukan cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian penutup Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) ke 10 2014 di sini, semalam.
Katanya, Sukses adalah medan terbaik untuk atlet baru daripada peringkat akar umbi untuk menonjolkan kebolehan dan potensi diri kerana dari situ mereka akan dinilai dan digilap untuk cemerlang bagi dipertimbangkan mewakili Selangor juga seterusnya negara.
“Dengan segala yang kita ada kita mampu menjadi jaguh dalam Sukan Malaysia (Sukma) yang akan datang,” katanya.
Amirudin berkata, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 oleh Dato’ Menteri Besar dalam sidang Dewan Negeri Selangor, program pembangunan sukan Selangor mendapat peruntukan besar.
Katanya, bagi infrastruktur sukan sahaja diperuntukkan RM12 juta manakala pembangunan sukan keseluruhan termasuk program pengurusan, pembangunan atlet serta yang lain sebanyak RM17 juta.
“Kerajaan Negeri menekankan pembangunan sukan adalah sebahagian daripada pembangunan negeri.
Pembangunan Selangor haruslah seiring dengan pembangunan sukan,” katanya.
Sukses, sukan dwitahunan berlangsung dari 15 Disember hingga semalam membabitkan penyertaan atlet 21 tahun ke bawah dari semua daerah di Selangor.
Petaling muncul juara kejohanan dengan meraih 24 emas, 21 perak dan 12 gangsa, diikuti Klang (naib juara) (23 emas, 11 perak dan 15 gangsa) dan Gombak (ketiga) (13 emas, 13 perak dan enam gangsa).
Mohamad Amir Imran Norahdi, 16, atlet lumba basikal mewakili Klang muncul Olahragawan Sukses manakala Farina Shawati Mohd Adnan, 18, (lumba basikal, Petaling) Olahragawati Sukses.

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 3 2 6 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1197
709
4828
2613957
22022
22738
3963269
Alamat IP: 54.225.19.255
Waktu Pelayan: 29-04-2017 13:28:39