Pembangunan Sukan Seluruh Daerah Cungkil Bakat Baharu

SHAH ALAM, 2 JULAI : Program pembangunan sukan digerakkan di setiap daerah di Selangor bagi melahirkan bakat baharu berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata program terbabit juga adalah salah satu fokus sebagai persiapan pasukan Selangor untuk menghadapi temasya sukan seperti Sukan Malaysia (Sukma) tiga tahun lagi.

Pembangunan Sukan Seluruh Daerah Cungkil Bakat Baharu
“Kita memberi penekanan kepada sukan olahraga selain setiap daerah perlu memilih sekurang-kurangnya dua sukan lain sebagai pilihan untuk dimajukan.
“Setiap daerah perlu membangunkannya dalam tempoh dua tahun hasil kerjasama Majlis Sukan Sekolah Daerah dan kelab di sekitarnya,” katanya kepada SelangorKini.
Katanya, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor sudah membahagi-bahagikan tanggungjawab itu kepada semua daerah di negeri berkenaan.
Amirudin berkata, Kerajaan Negeri berharap program membuahkan hasil dan Selangor mampu memberi cabaran bermakna dalam Sukma nanti.
“Namun ia masih di peringkat awal dan kita belum menyalurkan dana secukupnya.
“Tahun hadapan kita akan cuba memohon peruntukan bagi program berkenaan,” katanya.
Berhubung pembangunan sukan wanita, beliau berkata, program dijalankan adalah menyeluruh dan ia merangkumi semua dengan tidak membezakan antara lelaki dan wanita.
“Dalam sukan, kita tidak mengikut gender. Contohnya badminton, ada lelaki dan wanita, begitu juga banyak sukan lain,” katanya.

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 1 0 2 5
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
223
828
2584
2613957
19778
22738
3961025
Alamat IP: 54.166.186.79
Waktu Pelayan: 27-04-2017 07:18:42