Perangsang Selangor Cari Bakat Muda Lumba Basikal

“Program SSB merupakan sebahagian daripada agenda Rangsangan Sukan Selangor (RSS) di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Perangsang Selangor yang dilancarkan Mac tahun ini.
“Pelumba basikal memenuhi kriteria pemilihan juga berpeluang diserap sebagai pelapis pasukan lumba basikal Selangor” kata Ismail.
Ismail berkata sejak Mei 2014, seramai 145 pelajar dari lima buah daerah terlibat dalam program ini.
Pelajar terlibat dari SMK Jugra, Banting, Kuala Langat (40), SMK Shahbandaraya, Klang (31), SMK Bestari Hebat, Hulu Selangor (18), SMK Seksyen 24, Shah Alam (22) dan SMK Kuala Selangor (34).
“Sehingga kini, Perangsang Selangor membiayai kos penajaan sebanyak RM26,000 bagi menjayakan program SSB,” katanya.
Program SBB dibimbing dua orang jurulatih profesional, Mohd Mahadzir Hamad, bekas pelumba basikal Selangor dan Malaysia, Hadi Putra Ismail, bekas Pelumba Selangor dan dibantu oleh Mohd Sabri Md Taib daripada Persatuan Berbasikal Selangor.
Mohd Mahadzir ketika ditemui berkata antara aktiviti dilaksanakan seperti Pengenalan Basikal Penunggang dan Pelumba, Teknologi Tunggangan dan Pra-Ujian Kecergasan bertujuan untuk memberi pendedahan dan mencungkil bakat baharu di kalangan kanak-kanak belasan tahun.
“Klinik basikal juga menunjuk ajar pelajar mengenai teknik, peralatan dan disiplin berbasikal dan sekali gus memupuk minat mereka untuk menceburi sukan lumba basikal.
“Bagi fasa seterusnya, Perangsang Selangor mencadangkan kepada PBNS memilih 35 pelajar diserap ke SBB peringkat lanjutan dan dilatih sebagai skuad pelapis pelumba basikal Selangor,” katanya.
Program ini juga telah menarik perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) yang hadir pada siri ke-5 yang telah diadakan di Kuala Selangor.
Jurulatih Program Basikal Kebangsaan Malaysia, Graham Seers berkata, di Malaysia terdapat dua buah negeri sahaja aktif membangunkan atlet remaja berbasikal, salah satunya Selangor.
“Saya mungkin mempertimbangkan memilih 5 atlet skuad SSB Lanjutan mara ke Bukit Jalil sebagai pelatih atlet lumba basikal remaja Malaysia,” katanya.
Seers akan memilih 5 bakat muda menyertai skuad pelumba basikal remaja Malaysia
Program seterusnya, pada September ini diadakan di SMK Taman Melawati, Gombak dan SMK Sungai Rawang, Sepang.
Pelajar berminat boleh berhubung dengan Sabri di talian 012-4845996 atau Mahadzir 019-2885633.

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 5 4 8 3
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
133
777
910
2672651
12612
19087
4015483
Alamat IP: 54.145.101.33
Waktu Pelayan: 25-07-2017 10:28:40