Perangsang Selangor Tandatangani Mou Bernilai RM 1.8 Juta

"Kami telah mengenal pasti lima sukan paling popular di negara ini, yang Selangor mempunyai potensi meluas, dan kami akan terus menjejaki lebih banyak belia berbakat dalam sukan berkenaan.
"Lima sukan itu adalah boling, badminton, renang, berbasikal dan bola sepak," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian itu di sini disaksikan anggota Exco Selangor yang bertanggungjawab dalam belia dan sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Raja Idris berkata, bakat belia dalam bidang sukan akan dicungkil menerusi Kem Pembangunan Bakat Sukan dan Pasukan Elit Sukan di bawah SSS 2014.
Beliau berkata, pelaksanaan Kem Pembangunan Bakat Sukan meliputi pemilihan, latihan dan pembangunan atlet muda lingkungan umur sembilan hingga 12 tahun, oleh jurulatih profesional di Selangor.
"Atlet muda yang berpotensi akan diberi latihan intensif untuk diserap ke dalam Pasukan Elit Perangsang Selangor dan mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat tempatan serta antarabangsa," katanya. – Bernama

*Sumber dari Sinar Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 2 7 6 7
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
223
736
223
2549854
12210
23065
3892767
Alamat IP: 54.158.157.214
Waktu Pelayan: 23-01-2017 04:27:56