Perangsang taja Piala DYTM Raja Muda Selangor, Piala Mokhtar Dahari cungkil bakat bolasepak

Majlis perasmian dan penyerahan cek tajaan bernilai RM80,000 telah disampaikan oleh Mohd Fauzi Mohd Ghazali, Pengurus Kanan Tanggungjawab Sosial Korporat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor).

“Perangsang Selangor amat berbesar hati untuk menyampaikan tajaan ini sebagai salah satu sokongan dan komitmen tanggungjawab sosial korporat di bawah program Rangsangan Sukan Selangor (RSS). Selain daripada tajaan kejohanan bola sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor bawah 12 tahun, Perangsang Selangor juga akan menyumbang sebanyak RM120,000 bagi penganjuran Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun ke bawah di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya” jelas Fauzi.

Fauzi akan menganjurkan Piala Mokhtar Dahari bagi pelajar sekolah menengah Kejohanan Piala DYTM Raja Muda Selangor melibatkan 558 orang pelajar daripada 31 buah sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Daerah Petaling Perdana.

Pasukan yang akan bertanding terbahagi kepada 8 kumpulan dan perlawanan bola sepak akan diadakan secara liga bermula 10 Oktober 2014. Perlawanan akan diadakan di 8 buah
sekolah iaitu, SK Bandar Anggerik, SK Raja Muda (Integrasi), SJK (T) Simpang Renggam, SK Seksyen 9, SK Seksyen 7, SK Hicom, SK Seksyen 19, dan SK Seksyen 27 (1).Perlawanan akhir akan diadakan pada 30 Oktober 2014 bertempat di Padang SUK, Shah Alam.

Bagi 8 pasukan yang layak ke peringkat suku akhir, setiap pemain akan menerima jersi tajaan Perangsang Selangor. Hadiah wang tunai bernilai RM3,000 menanti johan
di perlawanan akhir, RM2,000 bagi naib johan, RM1,500 bagi tempat ke-3 dan RM1,000 bagi tempat ke-4.

SK Raja Muda (Integrasi) telah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan johan tahun lepas, SK Seksyen 24, dengan keputusan 2-0.

 

*** Sumber dari Selangor Kini


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 3 6 0 4 6
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
448
633
4537
2586908
17537
19606
3936046
Alamat IP: 54.147.212.173
Waktu Pelayan: 25-03-2017 17:54:05