Persatuan negeri perlu hantar laporan integriti

Hamidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat khas jawatankuasa berkenaan bersama ahli jawatankuasa integriti peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Tan Sri Aseh Che Mat di Pusat Maritim Putrajaya, di sini, hari ini.
    
Dalam pada itu, Hamidin mendedahkan FAM akan menubuhkan skuad pemantau dalam tempoh terdekat bagi memantau sesetengah perlawanan Liga Malaysia yang dikategorikan 'mencurigakan'.
 
Katanya, skuad pemantau berkenaan bakal dianggotai oleh wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wakil persatuan bola sepak negeri serta FAM sendiri.
    
Pada masa yang sama, Hamidin berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu  bercadang untuk mengadakan lebih banyak bengkel kesedaran mengenai ancaman rasuah bola sepak dan gejala mengatur perlawanan terutamanya kepada para pegawai dan pemain bola sepak.
    
"Itu perkara mustahak yang perlu dilakukan oleh FAM (dalam usaha kita mendidik para pemain dan pegawai mengenai bahaya rasuah bola sepak) dan selebihnya kita serahkan kepada PDRM dan SPRM," katanya.     

Dalam perkembangan berasingan, Hamidin berkata kesemua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia bermula tahun depan diwajibkan mengisi borang pengisytiharan harta yang dikepilkan bersama dengan surat kontrak yang bakal ditandatangani oleh pemain berkenaan.
    
"Bukan sahaja para pemain tetapi para pegawai pasukan (bola sepak negeri) dan pengadil yang terlibat dalam Liga Malaysia juga harus mengisi borang pengisytiharan harta itu...Itu yang kita putuskan," katanya. - Bernama

 

*** Sumber dari Sinar Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 6 3 8 5 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1778
709
5409
2613957
22603
22738
3963850
Alamat IP: 54.145.108.181
Waktu Pelayan: 29-04-2017 19:13:43