Petaling Perdana juara Piala MB 2013

Kejohanan yang menggunakan format liga itu membabitkan 10 pasukan dari lapan daerah seluruh Selangor, bermula 20 November lalu.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar bawah 16 tahun yang julung kali diadakan itu adalah salah satu landasan bagi mencungkil bakat muda sukan bola sepak negeri itu.

“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri (MSN) sebagai langkah mencungkil bakat bawah 16 tahun, sekali gus persediaan kepada skuad bawah 18 tahun, selepas itu pasukan belia dan akhirnya senior Selangor.

“Tidak dinafikan, Selangor tidak putus melahirkan bintang bola sepak yang bukan sahaja bermain di Selangor tetapi untuk pasukan negeri lain. Sebab itu di peringkat belia, kita masih juara dan hanya selepas bermain untuk Selangor baru mereka dibeli persatuan bola sepak negeri lain,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

“Peruntukan bagi kejohanan ini menelan kos kurang RM200,000 dan sebahagiannya disalurkan kepada pasukan di daerah bagi membuat persediaan menghadapi kejohanan ini,” katanya.

-NFN-

 

*** Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 0 2 5 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
204
475
1507
2546407
9693
23065
3890250
Alamat IP: 54.146.139.201
Waktu Pelayan: 19-01-2017 06:08:36