Piala Malaysia: Red Giants mahu tumpu lepasi peringkat kumpulan

“Pada pendapat saya, lebih baik kami menyasarkan suku akhir (Piala Malaysia) terlebih dahulu sebelum memberikan fokus kepada satu demi satu perlawanan.

“Jadi, mengenai Misi 33 itu, saya rasa baik kita ketepikan dulu kerana yang penting sekarang pasukan Selangor perlu menunjukkan semangat yang tinggi untuk layak ke suku akhir dan seterusnya separuh akhir,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut pemain kelahiran Kedah itu, dia percaya rakan sepasukannya sudah tidak sabar untuk merealisasikan Misi 33 tetapi dalam masa yang sama, dia sedar Selangor harus bersikap realistik.

“Kami memang tekad untuk menjulang satu trofi dan bagi saya (menjuarai) Piala Malaysia adalah kejayaan cukup manis buat kami.

“Cuma, seperti yang saya katakan tadi, saya mahu kami menumpukan perlawanan satu demi satu terlebih dahulu,” katanya yang memberitahu Selangor kini sedang giat menjalani latihan menjelang kejohanan tersebut.

Selangor diundi bersama Sime Darby, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan T-Team dalam aksi Kumpulan D dan perlawanan pertama Piala Malaysia akan bermula pada 13 dan 14 Ogos depan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad Gergasi Merah menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun 2005.

*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 9 1 1 9 9 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
149
424
149
2568158
13096
18346
3911999
Alamat IP: 54.167.184.64
Waktu Pelayan: 20-02-2017 02:50:59