Piala Yonex FKK Bangun Sukan Badminton Selangor

SHAH ALAM, 26 JUN: Penganjuran Piala Yonex FKK Antarabangsa 2015 diyakini mampu membantu pembangunan mampan sukan badminton Selangor secara berterusan.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pertandingan yang kini memasuki tahun keempat itu melibatkan bekas pemain dan lagenda ternama.

Piala Yonex FKK bangun sukan badminton Selangor
“Kita ada pemain dari Malaysia seperti Foo Kok Keong, Ong Ewe Hock dan Yap Kim Hock serta pemain lagenda Indonesia, Thailand, Singapura dan Australia pada pertandingan yang akan berakhir 28 Jun ini.
“Pertandingan seumpama ini pasti mampu membantu membudayakan sukan dalam masyarakat Selangor,” katanya selepas merasmikan pertandingan itu di Kelab Shah Alam, di sini, hari ini.
Lima kategori dipertandingkan iaitu beregu lelaki 110 tahun dan ke atas (gabungan umur pasangan), beregu lelaki 90 tahun dan ke atas, beregu lelaki 70 tahun dan ke atas, beregu lelaki 100 tahun dan ke atas serta beregu campuran (Lelaki berumur 50 tahun ke atas dan wanita 30 tahun dan ke atas).
Amirudin berkata, Selangor sedia menyerap pemain di akademi badminton untuk menyertai pasukan negeri.
“Kita bersedia bertemu dengan pemain senior seperti Foo Kok Keong dan Ong Ewe Hock yang ada akademi sendiri. Kita optimis dapat manfaat daripada usaha mereka ini,” katanya.

*Sumber dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 0 1 5 1 7 2
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
599
442
599
2672651
12301
19087
4015172
Alamat IP: 54.80.158.127
Waktu Pelayan: 24-07-2017 18:50:02