PKBM Tetap Relevan

Meskipun mengakui terdapat jurang yang agak besar antara pelumba trek dan lebuh raya sejak kebelakangan ini, Zolkples bagaimanapun enggan menafikan terus sumbangan yang telah PKBM lakukan dalam program pembangunan sukan berbasikal.  

Jelasnya, kerjasama antara MSN dan PKBM juga sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan berbasikal negara, terutamanya merencanakan program pembangunan di peringkat akar umbi. “Memang sudah menjadi tanggungjawab MSN untuk merencanakan program pembangunan atlet, namun tidak adillah kalau kata PKBM juga tidak memainkan peranan.  

“PKBM sebenarnya ada membantu MSN dalam hal pembangunan ini tidak kira dalam acara trek mahu pun lebuh raya. Kita ada jawatankuasa bersama dalam program ini, dan PKBM tidak pernah gagal memberi kerjasama. “Bagaimanapun, saya akui ada sedikit jurang antara pelumba trek dan lebuh raya, baik dari segi pencapaian mahu pun dalam proses pencarian bakat-bakat baharu.  

“Ini kerana, MSN hanya lebih menumpukan kepada pembangunan pelumba trek manakala program pembangunan lebuh raya pula diserahkan kepada PKBM sepenuhnya,” jelas Zolkples.  

Zolkples memberi reaksi tersebut terhadap kenyataan pedas jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang menyifatkan pembangunan sukan basikal negara kini bergerak terlalu perlahan, tidak seiring dengan populariti yang dikecapi sukan tersebut di Malaysia.  

Kenyataan Azizulhasni ini ditujukan kepada PKBM yang dilihat masih gagal mencungkil bakat-bakat baharu pelumba lebuh raya negara meskipun badan sukan berbasikal negara itu dilaporkan menerima peruntukan khas RM2 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) setiap tahun.  

“Saya tidak mahu komen tentang apa yang Azizulhasni katakan itu kerana bagi saya MSN-PKBM tiada masalah dari segi hubungan kerjasama. “Mungkin Azizulhasni tidak nampak perkara itu, kerana dia berada di Melbourne menjalani latihan. Saya lihat kenyataannya itu lebih kepada pandangan peribadinya sahaja.  

“Tetapi, apa yang boleh saya katakan ialah PKBM-MSN ada buat perancangan, namun terpulang kepada persatuan itu sahaja untuk melaksanakannya atau tidak, MSN tidak paksa,” jelasnya lagi.  

*Sumber dari Kosmo Online

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 4 3 7 0
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
656
1170
1826
2549854
13813
23065
3894370
Alamat IP: 54.161.219.254
Waktu Pelayan: 24-01-2017 21:11:11