Puasa Tak Halang Exco Sukan ‘Angkat Raket’

SHAH ALAM, 27 JUN: Berpuasa tidak menghalang Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari mengangkat raket dan bermain badminton.
Aksinya menyertai pertunjukan permainan badminton sebagai simbolik perasmian Piala Yonex FKK Antarabangsa 2015 mencuri tumpuan hadirin dan peserta.
Beliau bergandingan bersama lagenda badminton negara, Ong Ewe Hock melawan beregu gandingan Foo Kok Keong dan Pengurus Besar Kelab Shah Alam, Salim Razi.

Puasa tak halang exco sukan angkat raket1
“Tidak penat sangat Pada usia remaja, saya banyak lakukan aktiviti fizikal termasuk berbasikal dua kilometer setiap hari ke sekolah dan menolong ayah di kebun sewaktu puasa.
“Saya rasa tiada halangan untuk kita bersukan ketika Ramadan asalkan tahu kemampuan diri. Selebihnya, kita lakukan yang terbaik,” katanya.
Beliau ditemui sejurus tamat gimik perlawanan yang menyaksikan gandingannya bersama Ewe Hock tewas kepada Kok Keong dan Salim, di sini, semalam.

Puasa tak halang exco sukan angkat raket2
“Kita bertuah mempunyai Exco Sukan yang memahami sukan dan memang ‘sportsman’. Gelanggang ini bukan asing baginya,” puji Salim.
Pertandingan yang dikenali sebagai Piala Kok Keong sejak 2012 itu menyaksikan penyertaan pasukan luar negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Australia.
Pasukan dari Malaysia iaitu Kelab Shah Alam Selangor (KSAS) menjuarai piala pada tahun 2012, namun dirampas pasukan Indonesia, Musica untuk dua tahun berturut-turut, 2013 dan 2014.
“Kita lihat pemain Indonesia mempamerkan kemahiran yang mantap dan berkeupayaan mengekalkan kejuaraan, namun Malaysia pun boleh. Kita tunggu hingga Ahad ini,” kata Amirudin mengulas peluang pasukan Malaysia untuk tahun ini.


*Sumber Dari Selangor Kini

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 2 1 7 8 9 9
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
199
570
3519
2857569
28156
68825
4217899
Alamat IP: 54.82.79.109
Waktu Pelayan: 15-12-2017 07:01:07