Zainal Abidin belum berpuas hati

PENGENDALI Selangor, Zainal Abidin Hassan masih belum berpuas hati dengan gandingan jentera serangan import yang dipamerkan pada beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

Ujarnya, kedua penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi memiliki keistimewaan masing-masing tetapi belum mendapat keserasian dan persefahaman bersama.

“Mereka sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan kita dapat lihat kedua pemain ini telah menjalankan tugas dengan baik sebagai satu pasukan dan kedua-duanya menjaringkan gol pada malam ini. 

"Kita percaya mereka mampu beraksi lebih baik selepas ini dan jaringan yang terhasil pada malam ini amat penting,” jelasnya ketika diminta mengulas perlawanan menentang Kuala Lumpur di Stadium Selayang, malam kelmarin yang berkesudahan kemenangan kepada Selangor 2-1.

Bekas pengendali Pahang ini turut berterima kasih kepada Kuala Lumpur yang dibimbing Ismail Zakaria kerana memberi tentangan hebat kepada pasukannya.

“Terima kasih kepada Kuala Lumpur. Saya rasa inilah tahap permainan yang harus kami perolehi sebagai persiapan menjelang saingan Liga Super musim ini.

“Dengan tahap permainan yang begitu tinggi pada malam ini, alhamdulillah pemain-pemain Selangor berjaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.

“Jadi di sini kita dapat melihat sebenarnya apa yang kita berlatih. Tapi masih ada sedikit sebanyak yang perlu diperbaiki sebelum saingan Liga Super bermula," katanya.

Biarpun beraksi 10 pemain sepanjang babak kedua, Kuala Lumpur kendalian Ismail Zakaria berjaya mendahului menerusi Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-49.

Namun  Selangor berjaya bangkit membalas dua gol menerusi Mauro Olivi pada minit ke-52 dan Patrick Ronaldinho Wleh, minit ke-72 untuk kemenangan 2-1.

 

 

***Sumber dari Sinar Harian

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

3 8 9 2 1 6 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
356
587
3421
2546407
11607
23065
3892164
Alamat IP: 54.92.229.162
Waktu Pelayan: 22-01-2017 11:37:00