Bahang Sukan Malaysia Makin Terasa

“Kita telah membuat persiapan sejak tahun lepas lagi, selepas berakhir SUKMA di Pahang dan saya bersyukur kerana pilihanraya yang telah berlangsung juga tidak menjejaskan sedikitpun kelancaran persiapan. Ini bukti betapa sukan tidak dipengaruhi oleh mana-mana faktor luar,” kata Dato’ Seri Zolkples pada Majlis Pelancaran Laman Web & Detik 50 Hari Sukan Malaysia ke-16 Kuala Lumpur.
 

“Hari ini, kita melancarkan laman web rasmi temasya, menunjukkan betapa kita serius untuk mengangkat martabat sukan negara tanpa mengira tahap kompetitifnya.” Tambah beliau lagi: “apa yang kita tekankan adalah menyediakan sebuah kejohanan yang tinggi mutunya, kita mahu lahirkan lebih ramai atlet berkelas tinggi dan mahu lihat lebih ramai atlet pecahkan rekod kebangsaan.”
 

Temasya SUKMA yang lazimnya diadakan setiap dua tahun mula dijadikan sebagai kejohanan tahunan sejak 2011 dengan Terengganu muncul juara edisi lalu menerusi pungutan 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa sekaligus mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut sejak pertama kali muncul juara pada 2008.
 

Untuk edisi kali ini, sebanyak 20 acara sukan akan dipertandingkan antaranya Futsal, ping pong, ragbi, akuatik dan bina badan manakala sukan seperti muay thai, woodball, gimnastik artistic, ekuestrian dan bolasepak pantai pertama kali dipertandingkan.
 

Upacara perasmian dan penutupan kejohanan dijadual berlangsung di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil sementara venue pertandingan pula akan membabitkan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 2 1 8 0 9 8
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
398
570
3718
2857569
28355
68825
4218098
Alamat IP: 54.91.171.137
Waktu Pelayan: 15-12-2017 18:03:23