KP MSN LANCAR LAMAN WEB SUKAN MALAYSIA

Selain itu, mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan sepanjang temasya itu juga boleh mendaftarkan diri secara online menerusi laman web berkenaan. Dato’ Seri Zolkples dalam ucapan perasmiannya berkata, setakat ini semua 14 negeri telahpun mengesahkan penyertaan mereka pada temasya berkenaan selepas tarikh tutup pendaftaran kontinjen pada 30 April lalu.  

“Saya juga sukacita memaklumkan bahawa kesemua 20 jenis sukan yang dicadangkan sebelum ini, akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia Kuala Lumpur kerana melepasi had kelayakan sekurang-kurangnya lima kontinjen negeri mengambil bahagian.
 

“Ini bermakna sukan wood ball, muay thai dan bola sepak pantai akan dipertandingkan buat pertama kalinya dalam temasya Sukan Malaysia,” katanya. Menurutnya, MSN sudahpun melakukan persiapan rapi termasuk telah membuka sekretariat Sukan Malaysia XVI Kuala Lumpur 2013 di Lobi Casa 1 MSN untuk melicinkan segala perjalanan temasya kelak.
 

"Laman web dan sekretariat ini penting kerana kami menjangkakan lebih 5,000 atlet dan 1,000 pegawai akan terbabit sepanjang 14 hari temasya itu,” katanya. Beliau berkata, selain sekretariat dan gelanggang beberapa acara sukan tertentu, MSN juga menyediakan Pusat Media Utama yang terletak di Dewan Komanwel MSN Bukit Jalil untuk membantu pihak media menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.
 

Sukan Malaysia XVI Kuala Lumpur 2013 akan bermula dengan sukan sofbol terlebih dahulu pada 25 Jun di Padang Universiti Putra Malaysia, sebelum majlis perasmian diadakan pada 28 Jun manakala majlis penutup pada 7 Julai.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan berkaitan, sila hubungi Unit Korporat, di talian 03 - 5519 6380 / 03 - 5510 9063

Tentang Kami

Sebarang urusan rasmi, sila berkunjung ke :

Aras 3, Carlton Hotel Holidays & Suites, No.1, Persiaran Akuatik, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.

Tel : +603 - 5519 6380 / 5510 9063

Fax : +603 - 5510 1377

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Web : www.msnselangor.gov.my

Koordinat : 3.075382, 101.537138

Ikuti Kami

Statistik Pengunjung

4 1 0 3 2 3 4
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
1552
1982
8829
2745210
29945
33963
4103234
Alamat IP: 54.224.203.224
Waktu Pelayan: 21-10-2017 21:58:23